Wednesday, April 22, 2009

Kelebihan & Keajaiban Selawat

Salam. Bismillah.
Selalu kita dengar - di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) - mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama - berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya. .
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini.

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

Wallahu a'lam.

8 comments:

Nong Andy said...

salam nonnie,

tima kasih kerna share benda baik macam ni.. bagus sekali kalau kita saling ingat mengingati.. kita ni hidup mati tak tahu bila, hari ni esok.. bila2 masa je. bila ingat betapa ceteknya amal ku.. terasa takut sgt..

nonnie78 said...

salam mimie.

bukan mu sorang je, ku pun takut juga. soal mati tu nanti dalam kubur lagi dah kena pukul kalau tak de amalan2.. skang ni ku sedang tune diri. ku solat zuhur jemaah kat masjid berhampiran dengan kawan ku sorang tu. sekurgnya ku lebih khusyuk solat. pegi waktu makan, ku dah tak kisah waktu makan yang sejam itu. kalau ku duduk pun kat meja kedai mesti ada je benda nak ngomel. bila balik seremban ku pastikan paling tidak tiap kali lepas solat maghrib ku baca surah Al-Mulk (penerang dalam kubur) dan baca yasin sekali.. ku nak ngaji balik.. ku nak cari penerang kubur dan pembantu dalam amalan2 ku yang kurang ni.. adussss!!!!

:: Leeza Joe :: said...

time kasih byk2 sbb ade n3 peringatan mcm nie...sbg manusia sy seringkali lalai....:(

nonnie78 said...

leez.. peringatan untuk diri sendiri juga tu sbenarnya. kita manusia memang cepat lalai dengan godaan syaitan. moga masih belum terlambat untuk berubah dan terus mengamalkannya. insya Allah.

zunairah said...

salam nonnie..

memang bagus share perkara yang boleh membawa kebaikan ini.. tak la asyik menyanyi jer yang pandai..
hehehe zunai memang rajin tengok blog nonnie.. zz la yg promote dulu.. so ada masa singgah la blog kita lagi.
C u later.

Nong Andy said...

salam nonnie,

sekarang selalu ku senandung tidurkan shinta dengan selawat. masa dia 2-3 bulan ku rajin buat mcm tu.. tapi dasar mudah lupa di lalaikan setan. dah lama tak senandung shinta dengan selawat. bila baca entri mu ini ku kembali buat rutin lama tu :)

tima kasih kawan ku!

nonnie78 said...

salam.

zunai - ini je yang termampu saya buat. Nak nasihat lebih2 tak boleh sbb diri sendiri pun kurang ilmu agama. Lainlah suami awak tu, orang KOR Agama.. hehhe.. zz tu mmg kwn since kecik dulu, so harap tak salah sangka ye.. insya Allah, nanti sy singgah..

mimie - ku pun dah lama tak lagukan selawat dan zikrullah pada Manja sebab Manja kat umah tidur melekap di dada.. jadi belum sempat nak lagukan, mamanya dah lelap dulu. Cuma sesekali je dpt masukkan dia kat buaian dan time tu pulun abis selawat bagai.

OneSue said...

saya amal kan selawat ni..alhamdulillah allah memudahkan perjalanan hidup kita

doa sama2 kan..kita ikhtiar...segalanya dah ditakdirkan

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..