Salam. Bismillah.
Rutin mingguan kami sekeluarga sejak akhir bulan March sehingga semalam adalah PULANG KE SEREMBAN bagi melayan hati-hati tua yang kebohsanan. Hahaha... hati-hati tua itu adalah ibu mertuaku, ayah mertuaku & nenek suamiku. Tapi kepulangan kami ke seremban lewat 2 minggu kebelakangan ini banyak memudahkan kerja kerana rumah induk itu sudah mempunyai pembantu rumah yang kami panggil BIBIK. BIBIK itu membawa erti pembantu rumah Indonesia.
Anak-anakku juga sudah membiasakan diri dengan Bibik Akim yang umurnya selang 5 tahun dari aku (Adakah perlu kalian memanggil aku bibik kerana jarak umur kami yang hampir??? Jangan berangan ye!) Aku pun panggil dia Bibik. Takkan ku nak panggil Akim saja sebab dia memanggil aku Adik.
Biarpun sudah ada pembantu, aku masih buat house chores yang biasa-biasa aku buat tiap kali pulang ke Seremban. Ada kawan baik yang memang sudah faham sangat dengan tabiat aku, SMS dan bertanya 'Kalau kau balik ke seremban, kau masak tak?' Jawapanku di sini : Tidak dan Ya! Kerana di rumah kami di sana kami sudah punya tukang masak yang pro (FIL) dan tidak memerlukan tukang masak amatur yang bakal mematahkan selera penghuni rumah itu. Kalau ada pun aku cuma akan tolong untuk minum petang seperti buat cekodok udang atau ikan bilis dan selebihnya tugasku adalah menghabiskan cekodok tersebut!
Tapi sebelum2 ini pun my PIL memang depends on me kalau bab kerja dapur. Memandangkan aku menantu sulung merangkap anak dara yang ada di rumah itu (hubbyku itu tidak punya sibling perempuan!) makanya aku termasuk dalam golongan yang tidak bernasib baik kerana kerja mengemas dan membasuh pinggan mangkuk semuanya terletak di bahuku. Kalau ada keraian (rumah ini adalah kunjungan saudara tak kira waktu - terutama kalau hari raya kerana cha ya nun alif kenalan MIL ku selalu bertandang) makanya aku adalah lipas kudung yang akan tercungap-cungap mencari oksigen.
Bibik Akim adalah seorang bibik yang humble, punya 2 anak dan sudah kematian suami. Orangnya sedikit gempal, kulitnya sawo matang dan pandai memasak. Dia juga pandai menggunakan barangan elektrik yang sama sekali tidak pernah ditemui di rumahnya di Jawa Tengah. Dia boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik, dalam bahasa Jawa dengan lancar, dalam bahasa inggeris dengan sedikit telo Indonesia dan kantonis ala-ala cina murtad gitu.
Sedikit penambahan tentang Bibik Akim. Dia gemarkan aku yang sentiasa mendengar celotehnya dan berharap aku tinggal terus di rumah Seremban bagi memudahkan dia membuat luahan perasaan. Jawapan aku : TIDAK SAMA SEKALI!
Nota Kuku Pendek : Aku memang tak pernah ada pembantu
rumah a.k.a maid biarpun sudah acapkali
mulut ini melontarkan keizinan dan persetujuan untuk
hubbyku mencari maid sebagai langkah terakhir mengurangkan
kos belanja menghantar anak ke rumah mak dan kakak iparku
disamping memudahkan mak aku beribadat.
SEBAB, kalau ada maid pun aku pasti buat kerja rumah sendiri sbb
aku memang jenis tak senang hati tengok orang buat
kerja tak kena kat mata ni. Abih, camno???
6 comments:
salam Nonnie,
ku faham keadaan mu itu nonnie. ku baru anak satu tapi rasanya hidup ku kucar kacir tungang langang.. sejak ada baby ni. Bukan la kehadirannya menyusahkan selain ia lebih menceriakan. cuma ku saja yg x pndai urus masa :)
ku tak ada pembantu rumah/ tak mampu upah pembantu rumah :) & kalau di takdirkan ada rezeki lebih ku harap ku tak terdorong utk ambil pmbantu rumah.. nak jadi super woman? hehehe..
salam mimie.
ku pun tgh train diri sendiri utk jadi super woman. harap2 berjaya!!
mimie - lupa nak type tadi. ku pun TAK MAMPU nak ada maid. tunggu rezeki construction hubby ku menjadi. kalau ada kena jugalah sebab nanti tugasku bertambah sebagai seorang PA pula untuk hubbyku itu.. takkan nak cengkelat buat bisnes sendiri waktu office pulak, kan??
salam nonnie..
wah.. bagus! bumiputra memang tak ramai masuk bidang tu! tu rezeki anak-anak tuh.. hubby ku pon sekarang kian giat mempromosikan racket badmintonnya dlm usaha menambah pendapatan... aku pula hanya giat meng'o.t'kan diri utk menambah sedikit income cumanya terkorban sedikit masa utk Shinta tu yg rasa 'tak lalu' nak o.t lama2..
nak buat camna, kita kena carik duit untuk kesenangan anak2 supaya nanti tak idup melarat. the other way instead of OT and all that, kita kena jimat cermat. hai... dunia.. dunia.. gawatnya sikit, kecohnya lebih. doakan bisnes ku berjaya ye mimie. akan ku terbang ke KK melawatmu kelak..
salam nonnie..
insayallah bisnismu berjaya. Mudah-mudahan akan mendatangkan hasil yg lumayan. amin..
bah.. dtg! jgn tak dtg nonnie. habaq2 kan saja :)
Post a Comment