Salam. Bismillah.
Manja 5 bulan!!!! Bestnya... cepat betul dia membesar dengan sihatnya. Hmm... tak de update terbaru tentang Manja cuma dia makin galak menyembur air liur pada sesiapa yang dia suka! Hanya pada yang dia suka je tau.. tapi semalam gelaknya makin besar dan makin panjang bila bermain dengan kakak Mimi.. sungguh chemistry antara mereka terserlah berbanding yang 2 lagi. Punggungnya terus terangkat tapi angkat je lah, tak de pun ada tanda-tanda nak push badan tu ke depan.
Tapi Manja kuat menyusu sekarang ni. Time malam nak bergantung tak nak lekang. Naik kembang rasanya n*pp** aku ni. Ish.. bila dilepaskan cepat je terjerit. Nampak gaya kena biasakan dia isap jari ni. Bukan jari kaki tau (aku seriau budak isap jari kaki ni, ari tu pun Manja dah isap2 mak aku dah jeling2 je.. hahahhahahah - tapi keputusan upt aku : -VE). Manja pandai adjust ibu jarinya masuk ke mulut. Ikutkan anak sebelum ni tak de sorang pun yang berjaya memasukkan thumb ke dalam mulut melainkan dengan kehadiran jari2 yang lain. Tapi Manja sebaliknya. Dia kenal mana satu ibu, telunjuk dan ibu jari kaki!
Ada petua untuk lepaskan ni**le dari mulut baby tanpa disedari olehnya??
5 comments:
wah nonnie; manja buat akrobatik yer ;)
salam nonnie...tepek la pic manja pakai botol MAM tuh *wink*
nazhah - dia dah wat lebih dari akrobatik dah.. berpusing keliling, terjun sofa.. tak lama lagi nak wat pe tak tau lah..
kak Ina - datang jugak ke rumah sy ni ye.. ala.. susah kak sbb Manja duk umah ibu dia siang, malam tak pakai botol tu. nanti saya usahakan ye kak Ina suh ibu dia amik gambo dia dengan botol besar tu.. heheheh..
amboi kak nonnie,kalau +ve pn ape la salahnyer...kui..kui...kui...haziq bkn jer jari kaki dia,jari kaki tie pn kena kejar nk dihisapnya...cmno tue???
salam tie.. wakakkaa.. selera Haziq lebih mengancam dari Manja nampaknya sampaikan ibu jari mamanya pun dia nak isap gak.. nantilah dulu tie. kamu anak sorang, anak ni dah 4.. nak concentrate kat yg sekolah dulu. heheheh.. tp kalau dah Allah nak bagi, tak bolehlah nak tolak kan? cuma precaution itu kena ada sentiasa.
Post a Comment