Tuesday, April 7, 2009

Tak Puas Hati

Salam. Bismillah.
Aku rasa macam nak meletup dah dada ni. Ke kiri salah, ke kanan pun salah. Kenapalah mesti aku yang ditengah-tengah ni menerima impak dari kesalahan, kedegilan dan keras kepala orang lain? Kenapa mesti aku yang selalu menyelamatkan keadaan yang akhirnya ditindas dan dimarahi macam aku yang mewujudkan masalah, macam aku yang mencetuskan perbalahan..
Kalau ikutkan rasa amarah yang bergolak hebat dalam dada ni mau je rasanya aku menjerit sekuat-kuat hati dan berlari sejauhnya dari mereka-mereka yang tak reti nak mengaku salah, tak reti nak beralah dan tak reti nak menerima kesalahan orang lain!!!!!
Aku tension!!!!!! Kanan suami, kiri mak, depan abah, belakang adik beradik. Aku kat tengah2. Suami aku jenis keras kepala, ikut kata dia je. Mak aku tak reti nak mengalah, dia je nak betul. Abah aku tak dengar cakap, dia sorang je tahu semua, dia sorang je pandai ngatur itu ngatur ini. Adik beradik aku time dah susah, dah tak de sapa nak minta tolong, pusing kepala carik aku. Habis aku ni nak lari kat mana bila suma orang dok terjah aku?
Kakak aku yang hospitalised suh aku antakan barang2 dia sebab abah aku tak sempat nak anta, nak siapkan drawing sebab esok nak anta kat kawan dia. Mak aku tak nak ajak abang aku sebab katanya abang aku mesti tak nak tolong punya sebab dorang ni berselisih fahaman mental satu sama lain. Suami aku lak dari memula ko, dah ok dan kemudian ko balik. Time ni lah nak buat itu, time ini lah nak buat ini. Mangsanya AKU dan ANAK2 AKU.
Aku dah call mak aku suh siapkan bebudak sebab lepas B siapkan paip kat rumah, nak terus bawa semua anak aku gi Ampang Puteri anta barang kakak aku. Mak aku cakap tak payah sebab nanti abah aku boleh anta. Masalahnya nanti belakang kalau kitorg dok lepak2 abah aku akan ungkit suma kuar, kata adik beradik tak bleh nak tolong menolong, dia penat pun nak kena juga antakan barang lah itu lah ini lah. Bila dah agreed semua, aku antakan mak aku plak tak siapkan barang anak2 aku tu. Susu tak ready, dryper tak bagi. Hubby aku tu kalau kata nak jalan, trus je jalan, memang tak tunggu lagi dah. Abis mak aku call marah aku kata hubby aku macam2, tak reti sabar la itu lah ini lah.. Abis. bukan ke aku dah call bitau tadi dari kul 4.30 tadi suh siapkan bebudak. Hubby aku baru je gerak dari rumah 10 mins tadi (5.30 - pas aku ngepump).. aku gak nak kena dengar suma. TOLONGLAH!!!!!!!!
Aku nolong ni sebab
1) Sian kat kakak aku yang tengah terbaring kat sepital tu sebb dia banyak tolong aku
2) kesian kat abah aku yang tak tido malam nak siapkan drawing untuk submission. dah bape malam dok ngulang kakak aku sampai tak cukup rest
3) nak bagi mak aku rest sikit sbb kalau abah aku yang ngantor nanti mak aku kena follow juga. abis mak aku esok nak jaga anak aku lagi. malam kang tengah malam baru nak balik.
4) untuk pihak hubby ku tak de reason.. ku tahu dia kena ikut cakap aku sebab dia belum gaji.. hahhahahahahahahah~~~~~~~
ABIS, CAMNO???

9 comments:

ILA said...

hmmmm,pening kepala kan...sabar byk2 yer,ada lah tu jln penyelesaian

luvhaziq said...

salam...
alamak kak nonnie,yie nie lmbat pham la...pjg sgt citer tue...xpe,Allah uji hambaNya sbgai tnda Dia ingat n sayang pd hambaNya...

nonnie78 said...

salam.

Ila - bukan pening lagi dah, serabut jadinya! Sabar pun ada limit kan tp bila masuk je keta semalam suma perasaan tu ilang, tak jadi lari bila tengok anak2.. hahahhaha... padahal tadi berkobar sangat rasanya nak lari jauh2.

Tie - baca pelan2, kalau perlu ngeja, ngeja lah.. huhuhuhu.. ntahlah Tie. Ikutkan macam nak cakap je 'napa ujian Allah selalu sangat datang kat akak?' Tapi fikirkan balik tak pelah. Mcm sakit, kan.. bila kita sakit antibodi tercipta. so bila jadi kes macam ni body dan mind kita adapt new thing, so next time kalu this thing again akak dah ada benteng. ko faham tak pe akak tulis kali ni?? :)

luvhaziq said...

bab antibodi pham ler sbb nie bidang kja saya....he..he...he...

nonnie78 said...

hahahah... so explanation akak tu kenalah ngan ko ye tie?

Shinta Musraika said...

salam nonnie,

jadi org penting juga kau dlm family ya.. Sy yg baca pun ikut serabut. Tapi Allah hanya bagi ujian pada hambanya yg mampu melalui ujian tu... jadi nonnie ni memang superwoman yg boleh terima ujian Allah :)

nonnie78 said...

salam mimie..

jadi orang penting tak semestinya super woman. letihlah.. ku cuba nak bahagiakan suma orang, nak senangkan hati suma orang. ku slalu diamkan diri bila hubbyku cakap memacam pasal famili ku. dan ku diamkan diri tiapkali familiku cakap pasal hubbyku. tapi aku kan manusia.. ada pasang surut tahap sabar ku itu. dorang ni selagi aku tak tempik, dorg terus lontar peluru. bila dah robek hati ku ini, ku dah bertempik macam guruh tapi tak jadi ujan baru dorang nak diam. ku dah letihlah mimie layan perangai yang macam2 ni.

Shinta Musraika said...

salam nonnie,

makin kita baik makin org take advantage kat kita. adakala kita kena kuar kan juga 'letusan berapi' tu supaya derang tau kita ni pon manusia biasa yg ada temper..

kalau sy kena mcm tu. sy akan cuba tarik nafas dalam2 & try to clam down(kekadang berjaya kekadang bila dah meluap2 amarah tu meletus la juga)

bila tertekan kita akan mudah marah. mudah ingat/ungkit benda lama wlau sekecil mana pun..

mujurlah ada blog kan.. bleh juga luahkan segala serabut 7 sakit hati :)

nonnie78 said...

mimie.. betul.betul.betul.. blog ni hak kita, kan? pedulik orang nak kata apa~

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..