Friday, April 3, 2009

Musim Kering

Salam. Bismillah.
Mesti ramai yang tertanya napa lak musim kering? Sekarang kan tengah musim hujan tak tentu masa ni. Hah.. untuk pengetahuan semua POKET aku yang tengah mengalami musim kering. Imaginelah, baru kul 2 tadi gaji masuk. Sib baik lah bank cuma kat tingkat bawah ni dan kami menggunakan in house cheque, so cepatlah clear. Kalau tak mau rasanya aku bakar company ni sebab gaji lambat sangat.
Ini semua si c*l**a tu punya pasal lah. Kat office aku ni ada sorang director perempuan yang maha busuk hatinya. Elok2 sebelum ni gaji on time, bila dia take over HR/Admin Dept. dia sedaya-upaya (baca : sengaja) masukkan gaji sebelum 7hb. Napalah labour law buat act macam ni? Sampai 3 hb je sudahlah. Ni namanya menyusahkan orang.
Disebabkan mak aku dan SIL aku dah berkicau (baca: bertanya) bila gaji nak masuk, aku punya jantung dah dup dap dup dap, keciwa sebab al-maklum je lah dorang depends pada aku untuk sara idup. Bila lambat sampai macam ni terus semua tergendala. Aku pun naik tension dan hasilnya waktu pumping ini pagi cuma mendapat 1.5 oz je. Termenung aku sekejap. Dahlah semalam pun aku pump sekali je, itupun sib baik dapat 4.5 oz. Memang terasa sangat aku stress.
Padahal hari rabu lagi all bosses dah sign cheque (she is not entitle to sign cheque but we still need her approval as a HR Director to release the voucher {baca : dia gila kuasa!!!} ) sepatutnya semalam cheque tu dah boleh bank-in tapi dia instruct orang bawahan dia (baca: macai) jangan bank-in dulu sebab dia cuti. Kan dah terang2 sebelum boss suma sign dia dah sign kat voucher, apa lagi yang dia nak??????????
Nak tak nak kenalah orang bawahan dia (baca: macai) ikut arahan dan submit semula pada dia hari ni. Itupun dia wat dek je kat kertas ngan discs semua tu sampai ke tengahari. Dan NAK TAK NAK, aku kena jugaklah baca mentera (baca : MENYUMPAH SERANAH) dia dari pagi sampai ke tengahari. Abis amalan aku sepanjang malam tadi dan pagi ni. Cis! Dahlah dia tu jahil, nak diseretnya aku menjadi jahil sepertinya.
Tapi, gaji dah masuk dan aku dah senyum lebar, gelak besar dan masih duduk membaca blog, menghupdate blog dan melayan perasaan selepas aku berjaya menyiapkan semua kerja di awal pagi tadi dalam mood kebosanan... dan sesi pump kedua aku berjaya mencapai ke angka 5 oz untuk tak sampai 10 mins.. bagus.bagus.bagus
Nota Kuku Jari : Ku bukan belanja banyak tapi bulan ni
asik ke klinik sebab anak2 ku itu selalu saja
dilanda demam dan selesema. Harap2 lepas ni keadaan kembali sejahtera. Amin.

6 comments:

Shinta Musraika said...

salam.

haha.. nonnie. ku pon dah kering pasal gaji awal sgt. we all gaji 26th every month.. tapi dah ter over kat sana sini.. hehe!

sehari dua ni supply ku pon merundum. susah sgt nak capai angka 5oz. slalu dlm 2-3.5oz jer. kalau dpt 4oz tu happy sesangat la tu.. sekarang slalu pagi dpt 2oz, tgh hari dpt 3oz & ptg 4-5oz(yg ni nasib2 je). tadi tgh hari pon baru dpt 3oz..

tuhan sedang menguji kesabaran & ketabahn kita..

luvhaziq said...

kak nonnie...
lbh kurang tie gak la asyik tggu gaji jer tiap bulan.mujur ada gak duit oncall nk cover....
mmg kegawatan ekonomi la kita nie...ekonomoney...

yOkOyOpOyO said...

kak nonnie.. ishh panas la hati nih baca entry nih.. adui sori la ter-emo.. shaza mmg akan melenting tong sket kalau bab2 org atasan (yang selalunya banyak duit) yang tak paham org bawah (yang selalunya tak banyak duit) yang sangat2 perlukan duit2 tuh untuk hidup.

Mana nak kejar due date umah sewa, bil-bila segala mak nenek, etc.

kenapa derang tak de hati dan perasaan ekk? derang bleh la duit banyak so bleh top up sana sinik..

can't u do something kak nonnie? pakat la ramai2 kasi hentam sama dia pada big big boss. she's not the boss you know.

nonnie78 said...

salam.

mimie - oklah mu gaji kuar awal. Tak yah fikir nak bayar late payment charges utk keta, umah etc. supply ku pun merundum kalau stress gila2 sangt. kalau kebiasaan sekali pump dpt 5 oz. itupun ku pakai harmony, kalau S3 mungkin lebih kot..
Ya.. Allah sedang menguji kita. sedang menilai sejauhmana ingatan kita padaNya.

nonnie78 said...

salam.

Tie, sib baik ada duit extra kan? akak ni mana ada OT-OT ni suma. Nak wat part time job pun tak sempat. banyak keje kat umah menunggu. gawat kali ni terasa lah sbb dulu gawat idup sorang, sekarang gawat idup 6 orang. lalalalalala.....

nonnie78 said...

salam.

Shaza, tu lah pasal. dorang ni tak de hati, perut, limpa, usus dan sebagainya lah. Tension tau. rasa cam nak berenti je 24 hrs tp mengenangkan banyakkkkkk tanggungan (kalau tak sbb anak pun kn fikir my mom and SIL) terpaksalah akak tabahkan hati untuk setiap hari bekerja.
Jibauk sorang tu walaupun bukan director bertugan sign chequ gaji, dia adalah KEPALA kat sini. Company ni company adik beradik and she's the oldest. Even she is not the MD, she still have power to instruct her siblings to stop / cancel etc anything. that's the main problem we are facing up here. previously, kitrg ada HR/ADmin Exec yang control on matter regards office things include salary bla..bla..bla.. but dengar cerita exec tu pun tak bleh tahan dok dengar maki hamun tiap hari, dia pakat berenti. this is the opportunity lah utk si perempuan meroyan ni to take over the whole dept.
Ntahlah syaza, akak just doa je minta Allah permudahkan urusan berkaitan office ni. La ni tengah dok usha keje lain kot ada yang sesuai lak..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..