Wednesday, April 15, 2009

Perasaan atau Kenyataan

Salam. Bismillah.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni aku menjadi seorang yang penakut. Bukanlah nak kata selama hari ni aku berani sangat. Tapi setakat nak tinggal dengan anak-anak tanpa kehadiran hubby setiap hari waktu malam tu adalah sesuatu yang biasa bagi aku sementelah sebelum-sebelum ni hubby kerja jauh di Perak. Menjadi kebiasaan untuk aku bangun sekitar pukul 2-3 pagi untuk solat Isya' dan solat Tahajud tiap malam sepanjang mengandungkan Manja. Dan rutin itu berterusan sehingga hubby menetap terus di KL setelah mendapat kerja baru. Tapi sekarang ni rasanya aku tak betah lagi untuk bangun solat Tahajud walaupun hubby berada di bilik tidur dengan anak-anak.

Keadaan bertambah teruk selepas aku solat di surau office ni. Surau (kalau boleh dipanggil surau) ini terletak di antara sebuah lagi bilik yang menempatkan vacuum cleaner bersaiz sebesar meja tulis (leh imagine tak besarnya) dengan laluan kecil sebelum bertemu bilik seorang sleeping partner syarikat ni. Pendekkan cerita surai ini tiada penghawa dingin. Teramatlah panasnya dan teramatlah gelapnya jika pintu penyambung antara surau ini dan bilik vacuum tadi ditutup.

Sekitar penghujung bulan March selepas bercuti sehari kerana kematian abang sepupu aku (Al-Fatihah), aku macam biasa solat Zuhur dalam lingkungan 3 pm. Tapi kali ni perasaan bila aku berdiri di sejadah tu semacam je. Aku biarkan dan teruskan solat. Bacaan Fatihah dan Iftitah dalam rakaat pertama pun bercampur aduk. Tapi aku teruskan juga. Bila sampai ke rakaat ke 2, aku berhenti dan terus menoleh ke belakang sebelah kiri.

Nothing walaupun sebentar tadi aku perasan ada orang berdiri di belakang aku dalam bilik vacuum tu. Jantung aku jangan ceritalah, degupnya macam aku berlari 100 meter. Aku bangun dan tutup pintu bilik tu dan mula nak sambung solat. Masih tak tenteram. Akhirnya aku duduk dan berzikir sementara menunggu degup jantung aku kembali normal. Ikutkan mau je aku lari turun ke department aku tapi disebabkan solat zuhur masih belum selesai aku tabahkan juga hati.

Kali ni aku menyegerakan solat seminimum mungkin. Kalau rasanya fatihah tu selalunya aku lagukan, kali ni macam baca buku cerita je rasanya. Lepas bagi salam kanan, aku terus tanggalkan telekung, lipat dan gegas turun ke department aku. Untuk solat Asar selalunya memang aku tak solat di office sebab sempat solat kat rumah (kalau nak mati dulu pun sempat kan??? ~ teruklah aku ni!!)

Minggu depannya aku lunch dengan budak kat office ni, aku ceritalah pasal ni semua. Terkejut memasing. Iyalah semua orang solat kat bilik yang sama, so sedikit sebanyak mengganggu jugalah. Dah lah pulak budak department aku sorang ni si Fit beritahu semasa aku confinement, bos aku cina kampung tu ada mentioned yang dalam surau tu ada something. Dia nampak. Bos aku ni ada 6th sense kot.. pasal barangan feng shui kat office ni pun dia boleh baca dan bagi penerangan kenapa benda tu pecah, itu lah ini lah.. Bertambahlah takut aku nak solat sorang cam ni.

Hasilnya untuk solat Zuhur pada hari tu, aku solat berdua dengan Fit. Hahahah.. tak pasal je Fit pun takut sama. Esoknya bila QS aku sorang lagi (India) masuk keje, aku tanyalah betul ke bos kata ada benda dalam surau. Dia pun mengiyakan.

Bila risik-risik kat officemate aku lagi sorang kat Marketing, dia kata dia pun rasa apa yang aku rasa pada hari yang sama. Adui.. sekarang ni kalau aku nak solat aku kena ajak sorang teman aku ataupun aku pasang lampu, tutup pintu bilik vacuum dan bukak pintu masuk surau. At least aku boleh dengar auditor kat conference room tu berborak dan boleh rasa air-cond pun!

So, Fitrah.. sekarang ko dah tau kan camna akak solat sorang waktu Zuhur.. akak dah pecahkan tembelang dalam blog ni.

Camna ek nak hilangkan rasa takut ni? Aku betul-betul terganggu. Nak solat malam pun aku jadi takut sangat. Padahal kan solat tu baca semua ayat al-Quran, patut tak de lah setan ke apa ke yang mengganggu..

6 comments:

IbuKauthar@Salwa said...

kak nonnie
itu jin Islam duk dalam surau
dia tak kacau
tp kalu org solat dia akan ikut
jgn layan
biar je
sy tau...sbb ayah sy ustaz pengamal perubatan Islam mcm darussyifa'
pastu sy selalu kena mcm tu sejak dari sekolah
jin Islam yg duk surau ialah yg suka beribadah
biar saja

nonnie78 said...

iye ke wa? naik takut akak nak solat terasa cam diperati je. abah wa boleh ubat2 orang jugak ye? kalau nak tengok orang ada saka ke tak boleh tengokkan?

Shinta Musraika said...

salam nonnie,

wah.. mcm ni pun ada ka?

IbuKauthar@Salwa said...

kak nonnie..kat lrg jujur 3 tu ada sorg yg penah sakit kena buatan dtg berubat dgn ayah.namanya masiam
bole try la.
byk kali dia tlg org yg ada saka

nonnie78 said...

salam mimie..

aku skang ni dah bleh dilabelkan sebagai PENAKUT. klaka pun ada, tp sejak seminggu ni aku solat slambee je lah guna method bukak pintu tu tp pasni lepas auditor tu suma blah sok, tak tau lah camna lak.. harap2 tak de lah gangguan lagi. ke perasaan aku je tu??

nonnie78 said...

wa, selain dari masalah yg akak cakap ngan wa dalam phone td, akak ada sorang sepupu yang nak check kalau2 dia ada terkena saka bekas suami dia. nanti kalau confirm ngan dia, akak bitau kat wa ye..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..