Wednesday, April 15, 2009

Manja dan Susu Ibu

Salam. Bismillah.
Tiap kali aku pandang Manja, aku selalu tersenyum. Setakat ni sudah 5 bulan Manja lahir, belum pernah sekali pun dia demam teruk. Dan seingat aku, cuma sekali je Manja demam dan temperaturenya tak sampai pun 38.5 dan cuma untuk 1 malam. Selepas bf berkali-kali Manja akan berpeluh sesangat.
Berbanding dengan anak yang paling tak merasa susu ibu (Adik Yaya), Manja boleh dikategorikan sebagai seorang anak yang tidak belum lagi memberi susah dan menjaga tiap kali demam / selesema / batuk.
Manja juga cepat naik berat badan dan sekarang ni banyak minum susu. Masa 4 bulan aku timbang Manja dah 6 kg. Hari tu balik Seremban aku timbang dah dekat 7 kg. Tiap hari aku kena bekalkan 15 oz sepanjang Manja tinggal dengan ibu. Itupun kekadang ada balance 2 oz, kekadang ibu kena amik top-up dari rumah mak aku.
Malam pun Manja makin kerap menyusu dan bila dicabut n**ple dari mulut pasti dia mencari-cari sampai sarung bantal pun jadi dihisapnya. Tu belum lagi lengan baju aku, towel kecik, tak pun jari tangan Baby yang tidur sebelah dia pun jadi dihisapnya.
Bila tengok Manja suka sangat nyusu SI, rasa cam tak nak lak aku campurkan ngan solid food bila Manja dah 6 bulan nanti. Aku nak dia terus je minum SI sampai 2 tahun. Ada brani???

4 comments:

Shinta Musraika said...

salam nonnie,

bila nonnie crita manja tercari2 n**ple smpai sarung bantal pun di hisapnya. ku tus tersenyum sendiri. my shinta pun begitulah lagaknya segala bantal di sondolnya ingatkan B emaknya ini hehehe.. seronoknya Bf anak ni kan.. bahagia sangat2 rasa hati kita.

nonnie78 said...

salam mimie,

tu lah si manja tu. tak sempat2 nak selak baju, trus mulutnya menangkap bucu sarung bantal. tergelak sesorang je tengah malam. hahahah..

mmg sronot BF anak, rasa cam nak resigned dan duk umah jaga dia je. tp nanti sapa nak bagi duit??

Shinta Musraika said...

haha..

memula tu pun sy fikir mcm tu juga nonnie.. kalau laki aku tu kaya.. tak payah kaya lah! kira bleh support semua.. memang ku nak berhenti dok umah jaga shinta jer. tapi hakikatnya ku kena keja utk bantu keluarga.. yg pnting kita tetap Bf walau pun keja.. tuh pun pengorbanan besar gak tu.. so meh kita bagi credit tuk diri sendiri.. kan...kan..

nonnie78 said...

kredit untuk nonnie & mimie.. caiyok! caiyok!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..