Friday, June 13, 2008

Untungnya ada anak perempuan

Semalam balik dari kerja, aku mengadu kat Nurul. Tangan aku rasa bisa-bisa. Cam ada jarum mencucuk2. bila sampai di rumah, bisa2 terasa sampai ke kaki dan seluruh badan. Baru aku perasan, rupanya aku demam. Ntah kenapa ingatan aku kureng plak sekarang ni. Itukan tanda2 biasa bila nak demam. Sendi akan jadi sakit2.
Maghrib pun aku solat lewat skit. lepas solat mak abah aku pegi pasar malam. Si baby diorg tinggalkan kat umah abang aku sbb aku betul2 tak larat nak jaga. tinggallah syamimi dan syamira dengan aku. aku tukar berita ke channel 616, ada siri kartun Cars. anak2 aku ni kalu bukak channel kartun, sure tak bergerak.
sedang aku baring kat sofa sambil layan sakit badan, syamimi datang bertenggek kat tepi aku. di picit2 tangan aku. kemudian kaki pulak. aku perati je dia wat suma tu sambil matanya sibuk melayan citer kat tv. tak lama pastu dia merengek minta susu. aku tak larat nak bangun, kata aku. dia pun bangun dan pegang tangan aku suh aku bangun. dah tu dipimpinnya tangan aku sampai lah ke dapur.
nak tergelak pun ada aku masa tu. tapi lebih kepada rasa terharu dan bersyukur sebab budak umur 4 tahun pun tahu cara2 nak jaga mak yang sakit. bila aku dah basuh botol dia, dia pegang lagi tangan aku bawak ke meja pulak untuk buat susu. masa tu syamira kat tepi meja. syamimi teringatkan citer kartun dia yang tengah berjalan tu, dia pesan je ngan syamira, pegang tangan aku kalau aku nak jalan ke depan.. si adik yang bendul ni pun tunggulah aku sampai sudah buat susu dan seret aku ke depan lepas selesai.
hah... barulah aku tahu kenapa Nabi Muhammad s.a.w tu suruh buat baik pada anak perempuan. sebabnya anak perempuan ni lebih mengutamakan mak bapak dari anak lelaki. tgk je lah anak2 aku ni. belum pun sekolah tapi tahu macamana treat mama dorg yang demam. tak payah mentioned yang jauh lah.. byk contoh terdekat aku ni yang rata2 lelaki kurang ambil berat tentang mak ayah dorg.
jadi pada yang belum ada anak perempuan, cuba2 lah adakan...

2 comments:

Izat Tarmizi said...

menjaga anak perempuan nie lagi susah dari nak jaga 10 orang anak lelaki..selagi si perempuan belum bergelar isteri..mmg tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga n mengawal anak2 perempuan nie..perempuan nie racun dan penawar..sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita yang solehah..= )

nOnnie_sayang said...

izat, betul tu.. that's y kena mula dr rebung, bukan dh jd buluh br nak dilentur. anyway, thanks utk ingatan tu. doakn akak berjy mendidik anak3 berlandaskan syariat Islam.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..