Friday, February 15, 2008

Kehidupan yang kian berubah

Lately aku mmg malas nak kerja. Kenapa? Ntahlah, tapi yang pasti aku mmg tak de mood nak kerja. Nak kata sebab mood raya masih ada, aku bukan Buddha, aku ISLAM. Even hari ni waktu puak Hokkien sedang celebrate raya dia (yang lewat skit dari Kantonis) sambil makan2 tebu (sejarah .. sejarah.. my hubby just told me this morning the true story why hokkien celebrate their new year late than cantonese and eat sugarcane), aku tak rasa pun macam aku yang raya.
Yang pasti aku hilang mood dengan environment dan management company yang aku kerja sekarang ni...
Kehidupan yang kian berubah
Sehari ke sehari hidup aku makin berubah. Termasuklah badan aku yang pun makin mengembang. Aku harap bukan sekadar badan je, tapi erti hidup dan financial aku akan turut berkembang. Dengan amalan solat 5 waktu sehari dan semalam (setelah lama aku berusaha untuk tidak culas solat; alhamdulillah doa aku diperkenankan Allah.. trimas pada teman yang mencarikan doa dijauhkan dari kemalasan), mencari keredhaan dan pahala dalam menangani rumahtangga dan anak3 yang kadangkala memenatkan dan memeningkan, dan juga berkat zikrullah yang aku amalkan sepanjang perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja (baik semasa menunggu lrt atau menunggu teman yang kadangkala lewat sampai diperhentian : trimas jugak atas kelewatan itu ).. akhirnya aku ketemu jalan keluar dari masalah yang menyerabutkan kotak fikiran ini. .
Kalau dulu aku mula dapat hidayah dengan hanya membaca Mastika (inilah rahsia yang tak pernah aku cerita secara terbuka : even pada hubby :) ) , kini aku masih mencari 1001 rahsia Allah untuk pegangan iman. Tapi kini Allah mengurniakan aku lebih rezeki dalam mencari keredhaanNya.
Demi Allah... aku berniat ingin membantu hubby dan menyara anak3 dan mak abah dengan titik peluh aku sendiri. Dan niat itu akhirnya Allah makbulkan dengan penemuan dengan seorang teman lama; dari zaman anak2 sampaikan dewasa. Sejujurnya aku dengan dia bukanlah dari kelompok yang sama (inilah masalahnya.. bila diutarakan topik ini aku sering disergah oleh dia : tiada beza antara kita manusia, kejadian kita adalah satu = oleh Allah), dan aku dengan dia bukan satu gu sejak dulu . Tapi kebesaran Allah dan kehendakNya maka kami bertemu. Ini juga berkat usaha teman2 lain yang bersusah payah mengeratkan kembali silaturrahim antara kami bekas pelajar SMC .
CNI
Ini jurnal aku, kan? CNI bukan satu benda baru pada aku. Since belum kawen sampai ke hari ini aku masih menggunakan produk CNI dan percaya pada kebenaran barangannya Dan belum pernah aku terfikir untuk masuk dalam keluarga CNI, di mana selama ini aku sekadar memberi kekayaan pada teman pengedar yang lain, rezeki dia kan...
Dan dari niat ikhlas seorang teman, aku akhirnya jadi usahawan CNI. Dan juga dengan restu Allah, ditakdirkan tak sampai 24 jam aku jadi ahli, aku dapat order yang agak memberansangkan.. semuanya bermula dengan NAWAITU. Nawaitu aku untuk keluarga, dan nawaitu teman untuk membantu. Mudahkan nak faham?

Dan sesungguhnya kata-kata "Barangsiapa yang menyayangi saudaranya, maka Allah sentiasa menyayanginya" itu adalah sebenar-benar penyejuk hati. Disebalik kejadian dan peristiwa kesedihan dan kesusahan aku, Allah titipkan seorang teman buat penyejukhati. Bukan setakat membantu aku untuk bangun, tapi turut memberi aku harapan.. Dan pada teman yang membantu dalam membeli barangan dari aku; walaupun mungkin anda memang memerlukan atau sekadar ingin membantu; trimas aku ucapkan. Semoga Allah memberi rahmat dan rezeki kepada anda, insya Allah. Amin.
SUPPORT
Semalam.. dalam keseronokan aku meraikan rezeki dari Allah, ada insan yang memberi support. Bukan setakat kata-kata, tetapi senyuman .. yang lain dari hari biasa. Katanya aku bebas memilih cara bagaimana untuk aku menuju kesenangan, tanpa perlu fikir yang lain. Tapi katanya lagi pastikan apa yang aku pilih tu aku kerjakan betul2 supaya di satu masa nanti aku tak menyesal. Insya Allah... akan aku pegang kata2 tu.
____________________________________________________________________________________
Nota Kaki : ** ada satu rahsia antara aku, teman dan Allah. Mohon ingatan aku kuat dan amanah untuk teman itu dijalankan...**
Entri kali ini ikhlas dan istimewa untuk seorang teman yang memberi ruang pada aku untuk mencari rezeki, pada teman2 yang melorongkan aku rezeki dan pada suami yang merestui dan memberi izin pada aku untuk mencari rezeki.. hanya Allah yang mampu membalas kerjasama anda semua.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..