Thursday, January 17, 2008

Sahabat Baik

jgn tertipu, yang gmbr bb tu bkn anak dia
Semlm aku post jejak kasih 2 tentang dalia, kan? Semalam jugak aku dapat respon dari dia. Hehehe.. jangan marah ye long aku publish ko dalam blog aku. Bukan apa, orang kata blog ni ibarat jurnal atau diari pada pemiliknya. So, sukahati akulah nak post apa, publish apa, story mory apa dalam ni, ye tak? Pada orang di luar sana, suka.. baca.. tak suka.. buka blog lain ye!!

Ish.. melalut plak aku ni.. ehm.. Dalia ni sebenarnya join SMC tahun 1995, masa tu aku form 5. Dia berpindah dari Tapah, Perak ke KL ni follow mak dia. Adik beradik dia 4 orang, semua aku kenal. Dia ni memula masuk sekolah dulu, berlagak sombong.. maklumlah.. orang cantekkk.. sekali nak jadik citer bebudak kelas suh aku sound dia (the matter tak payah mentioned lah ye.. biar aku dan 5A8 sahaja yang tahu.. ). Alih2 lepas kena sound ngan aku, dia terus jadik kawan baik aku.. Ehm.. aku tak kisahlah sapa pun nak kawan ngan aku. asalkan orangnya faham perangai giler dan angin aku cukuplah...(susah ker kawen kawan ngan aku ni? byk sangat ke fiil aku? rasa cam tak je.. kah kah kah.. tolong jawab puan dalia oiiiii)

kitorg dulu ber3. sorang lagi pun budak baru join tahun 95, NOOR JAHAN KAMALDIN (tapi skang aku cam dah lost contact ngan dia lah! no opis dia dah tak de dalam perkhidmatan..ada sesiapa yang kenal dia tak?).. well, macam2 yang kitorg ni wat masa time sekolah dulu. budak baiklah katakan.. hehehehe.. tapi aku respect lah ngan kawan aku 2 orang ni sbb tahan ngan perangai dan mulut aku yang kekadang agak pedas dan pijar ni (sekali lagi diingatkan.. pada sesiapa yang tak suka aku dan blog aku.. sila ke blog lain yeee).. ehm.. patut ke aku letak satu section komen kat dalam blog ni.. sapa suka, sapa tak suka kat aku???

1 comment:

Anonymous said...

nOnnie.. bila rajin jawap la TAG aku tu ..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..