Tuesday, December 14, 2010

Syamil Eusoff, Coklat & Assistant

Salam. Bismillah.

Syamil Eusoff.

Eusoff sekarang dah hampir 7 bulan, bermakna sudah beberapa bulan aku tak update tentang anak teruna aku sorang ni. hihihi.. mamanya teramat bz crazi dengan tugasan pejabat (dulu), tugasan rumah (sekarang) dan tuntutan cari nafkah di rumah. Abang (panggilan baru untuk Eusoff) dah mara ke depan, bukan lagi menonggeng dan berundur macam bulan lepas. Abang juga dh mula gatal gusi, asik gigit nipple aku waktu breastfeeding. Abang pun tengah demam ni, mungkin sebab giginya nak keluar sesangat. Langsung aku tak boleh nak buat kerja rumah, memasak & buat hal sendiri dek penangan Abang. Anak2 aku yang dulu kalau nak tumbuh gigi tak pernah demam, tau2 dah ada 2 batang gigi, tak kiralah atas atau bawah. Tapi sebaliknya dengan anak teruna aku sorang ni.. tiap kali demam (masuk ni dah 2 kali) mesti nak melekat dengan aku dan mesti kesannya berminggu2. Sungguh bak kata ayah, Abang ni anak mama. huhuhu...

Coklat & Assistant

Aku kan baru berjinak2 dengan bisnes coklat ni.. jadinya banyaklah masa aku habiskan dengan buat research tentang coklat yang aku cari dalam internet (sifu aku teramat bz smpikan tak senang nak melayan sms aku! huh!) dan alhamdulillah, order dari teman2 amatlah memberangsangkan. terima kasih kepada semua kerana sudi order coklat dengan aku. Setakat ni kalau nak dikirakan order paling tinggi aku pernah dapat adalah LolliChoc sebanyak 200btg. Memang pada oranglain macam .. ala.. baru banyak tu dah nak kecoh tapi pada aku yang baru sebulan buat perniagaan coklat dari rumah ni, sangatlah hepi tak hengat bila kawan baik aku bagi support dan order sebanyak tu untuk majlis kawen anak kepada ayah angkat dia.

Dalam pada hepi tak hengat tu, aku rasa sedih juga sebab adik aku merangkap assistant dan peneman aku tak tidur malam sampai ke pagi buat coklat akan masuk ke UiTM Lendu Melaka pada 27hb ni. Aduh.. tak de lah orang nak teman aku lagi sampai ke pagi. Tak delah aku kawan nak 'mabuk tahi' sampai ke pagi menyiapkan order. hahaha.. mak lang mesti ghindu nanti nak buat coklat & makan coklat yang banyakkkkkkkk disebabkan aku yang sangat cerewet telah me'reject' mana2 coklat yang cacat kaler, cacat bentuk dan cacat macam2 lg.

Lepas ni kalau ada order banyak kenalah aku buat waktu siang sebab tak nak bermalam seorang diri dengan tv yang menayangkan cerita yang ntah-hapa-hapa tu. Kalau dok keluar citer yang best2 tu aku pulak yang lagut tengok sampai tak sedar waktu nak kena cek coklat nanti.

Harap Mak Lang dapat sesuaikan diri di UiTM tu dan khatam belajar. Nanti leh keje best2, dpt gaji besar belanja anak2 kat sini..

1 comment:

Everett Porch Enclosures said...

Great blog I enjoyed reading it.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..