Tuesday, December 14, 2010

Hati Seorang Ibu

Salam. Bismillah.

Sejak duduk rumah ni, aku selalu borak dengan emak. Borak yang kisahnya tentang orang sana, orang sini.. pendek kata ada sajalah topik yang mak aku nak cerita lepas tu aku tolong tokok tambah dengan soalan, kekadang dengan topik lagi hangat di pasaran .

Bila mak dah tinggal seorang ni, mak banyak sangat cerewet dan simpan dalam hati. Ada saja yang tak kena pada mak atas tindak tanduk anak2. Sampaikan soal makan minum pun mak nak ambil hati. Kalau ikutkan hati muda aku ni, tak de lah besar mana hal tu tapi pada mak dia memandang benda tu sebagai satu benda penting untuk disimpan dalam hati.

Mudahnya bila soal2 seperti pekerjaan diutarakan oleh emak; macam dulu emak pernah minta kami mohon kerja di sini dan di sini tapi jawapan kami adik beradik adalah tak sesuai, gaji kecil, jauh etc, maka dikala ini emak akan mengungkit semula semuanya, seakan2 hidup kami adik beradik sekarang ini 'sangat-sangat-susah' dengan kerjaya yang ada. Emak juga akan katakan berkali2 tentang perangai kami adik beradik yang seakan2 menyalahkan emak kalau kami dinasihatkan untuk kerja bahagian ini, buat macam ini.

Serasa ringan mulut nak menyahut tentang betapa aku hampa nak masuk ke Vokay dulu; gara2 emak dan arwah abah tak benarkan aku naik bas loncat sebab tak dapat asrama. Ala.. bukan jauh pun.. setapak jer.. kalau aku ungkit agaknya apa jawapan mak? Mungkin kalau dulu aku masuk Vokay, sekarang aku dah jadi apa? Tapi segera teringat kata2 Ustazah Asni Mansor tentang topik KALAULAH, rancangan USRAH, seakan aku menyalahkan takdir dan menidakkan ketentuan Ilahi. Aku redha dengan keadaan sekarang, tapi kenapa agaknya emak tak cuba redha dengan keadaan kami?

Mungkin aku masih baru dalam dunia seorang ibu, dan tidak memahami betul2 apa yang cuba emak maksudkan. Mungkin juga aku belum berada dalam stage yang sedang emak ada sekarang ini di mana anak2 sudah membesar dan berkahwin tetapi masih ada anak yang hidupnya tunggang langgang, kerana anak2 aku baru nak masuk sekolah rendah. Mungkin juga aku belum diuji Allah dengan masalah anak2.. Mungkin dan mungkin dan mungkin.. Allah yang lebih mengetahuiNya.

Tapi aku harap sangat keredhaan itu ada dalam hati emak sebab setiap hambaNYA dikurniakan sesuatu yang berbeza2. Bila aku belajar tentang redha, aku nak emak juga belajar tentang redha, tidak ungkit2 perkara lalu. Dan dengan nama ALLAH, aku berdoa semoga ALLAH sentiasa melindungi emak, mengampunkan dosa2 emak, merahmati emak dan mengurniakan kebahagian hakiki untuk emak bila sampai masanya nanti. Dan aku juga berdoa semoga anak2 aku dapat memberi kebahagiaan kepada aku, setidak2nya tidak mengecewakan aku sebagaimana aku pernah mengecewakan emak. Wallahualam.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..