Sunday, November 28, 2010

Aku Seorang Suri Rumah.

Salam. Bismillah.

Bermula dari tarikh 8 November 2010, secara rasminya aku menjadi seorang suri rumah tangga a.k.a SAHM. Sambil cuba2 menjadi WAHM secara online, menjual product Halal Coklat.

Macamana rasanya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa dengan 5 orang anak yang masih kecil dan semuanya mempunyai energy seperti seorang ahli sukan lasak? Allah je yang tahu macamana sibuk dan bisingnya aku sepanjang hari menguruskan anak2 di rumah. Sementelah cuti sekolah pun dah bermula, mana nak uruskan tuisyen untuk Syamimi & Syamira yang bakal menginjak alam persekolahan sebenar tahun hadapan. Dalam masa yang sama memberi sedikit intro pelajaran kepada Syamiza & Syamila bagi mengelakkan mereka mengacau kakak2 yang sibuk membuat tuisyen.

Nasib baiklah si kecil Syamil Eusoff betul2 gentlemen. Agak pendiam dan gemar membuat kerja sendiri. Hanya merengek ketika nak tidur atau nak menetek jer. Selebihnya, campak atas tilam, pandailah dia bermain sendiri tanpa hiraukan orang keliling. Kekadang sampai tertidur sendirian tanpa perlu didodoikan dalam buaian.

Hari2 yang dilalui dengan tempahan2 coklat dari kawan2 menjadikan rutin harian aku lebih sibuk berbanding bekerja. Tak sepicing waktu pun dapat aku lelapkan mata waktu siang, tidur malam pun paling cepat pukul 12, gara2 si Manja yang tidur lewat menanti ayahnya yang sibuk tengok tv.

Tapi kepuasan melihat anak membesar, bermain depan mata tak dapat aku cari di pejabat2 mana pun. Dan kepuasan melihat periuk nasi kosong selepas menyuapkan anak2 makan siang (sampaikan kekadang nasi tuk aku pun tak ada.. hihihih), menjadikan aku redha dengan keadaan sekarang. Puas hati anak2 makan hasil air tangan aku & menerima suapan dari tangan aku sendiri. Segala macam tuk nenek resepi aku buat demi memuaskan kehendak tekak dan perut anak2.

Letih memang letih.. kekadang sampai menangis aku kerana baru sekejap aku kemas rumah dah bersepah balik. Anak tekak ni bagai nak terkeluar terpekik terlolong marahkan anak2 yang bergaduh, bertumbuk, gigit satu sama lain, yang melompat atas katil, yang berebut kipas angin.. tapi bila anak2 tidur, terasa pulak sunyi. Erm... hidup perlu diteruskan.. sebagaimana bisnes perlu dijalankan.. jadi sudi2 lah singgah ye ke blog baru aku sempena perasmian jualan coklat buatan tangan aku sendiri. Insya Allah, sedap.. dan menepati citarasa tekak kalian semua.

www.tastychocolateishere.blogspot.com

sampai bertemu lagi sekiranya dapat pinjam berukband ini.. hihihi

nonnie78

2 comments:

nelcyndana said...

salam nonie. Welcome to the WAHM league ;-). Seronok kan melihat anak2 membesar di hadapan mata & sangat2 mencabar kan bila buat 2-3 tugas serentak .... ;-). Apa2 pun saya percaya 'you're living your greatest life'. Gambatte.

nonnie78 said...

salam nel.. lama tak tinggal komen kat sini? huih.. mmg seronok bila tgk dorang membsr dpn mata tp yg tak seronoknya kena jadi tarzan hari2.. hahah.. anyway.. menjadi ibu sgt memenatkan tp punya nikmat yg tersendiri.. thanks a lot for your support..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..