Monday, April 19, 2010

Inilah Saya!!!

Salam. Bismillah.
Hari tu, sebelum admit kat HUKM, aku ada wat scan kat Klinik Alam Damai. Puncanya buat scan tu sebab perut aku rasa semacam jer. Risau lak baby engaged cepat sangat dalam weeks 31++ tu. Jadinya pegi tu nak check lah ngan doktor napa agaknya perut aku asik2 cam rasa contraction.

Dr. Laily ni biasalah, bila gi je dah bulan2 akhir ni mesti asyik scan, sebab dia pun tak bleh nak cakap kenapa benda tu jadi. Sekali scan, baby lum engaged. Sakit tu pun sebenarnya hanyalah Braxton Hicks jer, di mana rahim kita mengeras, otot2 sekitar rahim tu macam stress. Conclusionnya dia bagi aku Ventolin, untuk kurangkan stress pada muscle perut tu, sekaligus meredakan BH tu supaya tak menjadi pre-mature contraction yang boleh menjurus kepada pre-mature deliver. Huh.. panjang explanation aku.. ada gaya cam doktor tak? hahaha...



Dan, selalunya aku tak penah pun minta print ultrasound tu. Tapi kali ni doktor 'jelajah' segenap ruang mencari mata, idung, mulut, pipi, kaki, tangan, XXX, dan sebagainya. termasuklah spine bagi melihat cukup tak zat anak aku sorang ni.. dan hasilnya.....




Nampak tak pipi tembam nya tu? Dr. Laily cukup suka masa bitau hui... tembamnya pipi!!!! Spine pun cantik. Setakat ni alhamdulillah, tak ada sebarang masalah kepada baby. Cuma mamanya saja yang ada masalah dengan constipation, masalah glucos, masalah kalsium... ehm.. mama sentiasa ada masalah!!!! hahahahah...

Inilah hasilnya si baby dalam perut ni.. memula aku memang tak reti tengok printed ni. Tapi kalau korang nak nampak, dia tengah baring tu, maknanya belah kanan printed tu muka dia. yg gelap tu kawasan mata, yang ala2 pau tu pipi dia, gambar belah kiri lak spine dia. Doc kata cantik spine dia kesan dari amik kalsium mama dia lah tu!.

Sekian tuk hari ini. Nanti bila dah keluar, update lagi gambar yang betul. Semoga Allah permudahkan segala2nya. Insya Allah. Amin.

2 comments:

Fiza Rahman said...

Salam nonnie, akhirnya ko update gak blog, baru aku tau ko admitted. Alhamdulillah...akhirnya doa ko di makbulkan, dapat gak hero (^_^)

nonnie78 said...

salam fiza..
setelah sekian lama kan? hahaha. itu pun lepas myza bising suh update sbb dia tak leh masuk fb slalu. alhamdulillah.. rezeki kot. tak rancang pun, mana yg Allah bg, terima lah.. semua jantina pun rezeki Allah kan? ada sebab dan musababnya. janji sihat, cukup sifat n tak de sebarang komplikasi n penyakit. tp itu menurut scan, dah keluar esok baru leh confirm. tunggu je lah.. huhuhu.. ko tu minta2 dptlah girl, leh sepasang, kan?

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..