Monday, April 19, 2010

Diet Control vs. Appetite

Salam. Bismillah.

Tajuk cam dietitian je kan? Wakakakak... korang2 nak tau tak, ari tu masa aku admit kat HUKM tu kan, dapat report yang aku dapat dari doktor, dorang tulis per korang tau?

E/A FROM CLINIC WITH POORLY CONTROLLED GDM ON DIET CONTROL, FOR BSP AND INSULIN COMMENCEMENT.

hahahah.. gelak besar aku baca report tu... POORLY tu.. tp napa dalam ward aku ok je ek?

Hasilnya, khamis malam jumaat lepas aku gi belasah steamboat kat Taman Tun Perak, dan malam tadi aku belasah lagi sekali steamboat kat Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Hambek ko!!! Tapi, steamboat aku tu cuma sayur n bihun atau mee bayam kaler ijau tu jer. udang, ketam, dan seangkatan dengannya tak masuk dalam mangkuk aku.. TAPI.... dessert aku kan.....

ICE CREAM 3 MANGKUK KECIK....

Hahahhaahhaah.. teruja tak baca? Sesekali belasah tak hengat nyer.... Aku kalau makan je supplement tiap hari plus lak ngan iron tablet tu mmg selera aku terangkat. Kalau aku skip tu ok lagik. Ke, sebab dah dekat nak beranak ni selera makin melampau? Makin doktor takut glucos aku naik, makinlah selera aku besar. Tapi, tak lah ari2 aku belasah pun. nasi lemak dah lama stop, ari2 aku makan roti ijau gar-de-nia tu ngan vita-lite kosong jer. minum pun DL Low fat jer sekotak pagi sekotak mlm.. itupun kekadang aku skip malam bila aku makan nasi lebih dr yg sepatutnya. minum pun air kosong jer sampai nak termuntah dah aku ni.

tapi tak per.. demi kesihatan diri dan takut baby besar ya ampun!!! aku rela tahan selera aku.. cuma skang ni aku tengah sibuk mencari TART NENAS buat ubat tekak.. lama dah rasanya aku tak makan tart nenas yg sedap. cari sekitar BTR n Cheras Indah ni tak de la pulak. kot kat kedai cina ada, takut nak beli, ntah mana orang buat ntah.... ada sesapa leh supply dalam kadar segera???? calling2 lah yer...


No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..