Salam. Bismillah.
Balik petang semalam ku jadi tak keruan bila buka je freezer tengok stock EBM tinggal less than 15 oz. Dahlah semalam seharian pengepump ku cuma dapat sekitar 7 oz je, nak kena cilok lak lagi 5 oz dalam fridge ni.. sedih, sayu, sentap, sengal.. semua ada masa tu. Dahlah aku naik hangin dengan Hubby yang tak amik aku tak tempat keje.. dia bleh hantar kawan dia balik ke THO, tapi nak 'collect' aku kat office yang lebih dekat, banyak je alasan dia.. Naik tension aku!. Jadinya sambil mengejar solat Asar yang tak langsai kat office, aku berkejar ke LRT dengan menumpang kawan ni, sampai BTR dia masih di THO.. ah... geram punya pasal, tengok jam dah pukul 6.35, aku naik cab je.
Tu pasal sampai rumah aku dah kelam kabut ngambik Manja dan Yaya serta Baby sebagai peneman Manja waktu aku solat. Pas solat je aku bf Manja sambil berdoa biarlah ada susu berlebih dalam breast untuk aku pump dan simpan sebagai tambahan pada stock frozen. Dapatlah 1.0oz yang pada aku amatlah berbaloi dalam saat2 kecemasan. Rasa cam tak patut je aku kan? Dan aku start set alarm kat 2-2 handphone aku selang 2 jam mesti kena pump.
Malam tadi lepas pukul 11.30 Manja direct bf, aku tidur tak hingat sebab nak mengejarkan masa nak bangun pump ni. Tepat pukul 2.45 aku bangun dan solat Isya yang tertunggak, solat tahajud dan solat hajat (dalam blog mana aku baca ni suh solat hajat dan baca surah al-waqiah >> tuan punya blog, sila ngaku ye.. trimas..) pastu aku pun angkat pump dan meneruskan kerjaya baru sebagai pengepump dinihari... ehm.. 0.5oz, agaknya terkejut kot breast aku kena press pepagi ni.. aku terus kejutkan Manja dan paksarela dia isap breast.
Sib baik lah anak aku ni baik, dia pun layanlah sengal mamanya tu sambil mata tertutup. Ku main2 kat leher dia ngan jari supaya dia menelan susu dan tidak sekadar kepam je breast dalam mulut comel dia tu.
Huh! Intro nan panjang....
Pagi ni selepas sesi pertama pukul 7.30 tadi direct bf Manja, aku pun masuklah ke bilik pump sekitar jam 9.45 dengan harapan yang meninggi moga-moga hasil pagi jumaat ni memberangsangkan. Ehm.. biarpun breast mengeras, hasilnya tetap 0.5oz. Percubaan kedua pukul 11.45 tadi pun sama, 1 oz. Tak pelah.. dah rezeki Manja banyak tu.
Lunch tadi aku belasah nasi goreng ayam.. nasi ayam yang digoreng dan ayam .. cam biasalah!.. pastu mood ada sikit baik, aku main game Holiday Express. Bila boss dah berhambus masuk Conference Room untuk Tender Interview, aku pun chow masuk bilik pump. Berkat kesabaran, biarpun breast tidak mengeras, hasil yang aku dapat tengahari tu adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
3.5oz !!!!!!!
Kejayaan terbesar minggu ini.. Syukur pada Allah... berkat kesabaran aku, berkat kasih sayang Allah yang mengizinkan Manja menikmati susu aku, akhirnya dapat jugak aku 3.5oz. Sedikit sedih, dan emo.
Petang ni tadi aku pump.. alahai.. kembali ke 0.3oz.. hihihi.. hari ini dalam sejarah ni... tak pernah-pernah dapat sikit camtu..
Neway, ku tak putus asa dan tak putus harap. Aku yakin Allah mendengar keluhan dan permintaan aku. Moga masih ada simpati dariNya. Insya Allah aku akan teruskan mengepump setiap 2 jam untuk weekend ni. Biarpun hanya dapat 0.5oz, aku akan teruskan juga untuk memastikan Manja ada bekalan.
Moga bila dapat FS nanti keadaan akan berubah.. Doakan aku ye kengkawan!
12 comments:
yeah nonnie!chaiyok..eh mu pakai pam apa skang?mu stress, letih etc ni..takpa..makna tahu, FS mu tiba kelak..segalanya akn berubah, maybe sbb mu dah happy dpt FS nnti..
tha, ku pakai harmony.. slalu ku pump 10 mins je dapat 4 oz, kali ni dekat 20 mins 1 oz pun payah.. ku harap sangat bila dah ada FS production susuku berjalan lancar. stress, penat... ntahlah.. payah nak bagi orang faham tentang kita.. neway.. mu tu pun dah ada FS ni mesti stock EBM tu tak kacau punyalah... kita buat stock bebyk ye tha...
all the best nonnie... ku sentiasa doakan semoga susu mu sentoasa ada utk manja... ;)
oo..manual mmg bykla cabarannya..lagi2 bila dah penat, stress, tak cukup masa...takpa, pas mu pki fs ni double pumping ni ..insyallah akn byk perubahann nnti..tapi kena konsisten lah ekk..hihi
Moga dimudahkan ALLAH...jgn stress2, nanti susu merajuk tanak kluar
Kak nonie..chaiyok..chaiyok!! Moga2 susu mu akan terus melimpah ruah..AMIN!
salam.
kak yong - Amin.. trima kasih ye kak yong. Kak yong ni kan even bukan pumping mom betul2 support kami yg pumping ni.. bestlah kak yong ni!!!
Tha - ku struggle utk dptkan 1 oz. kekdg cam nak nangis tau. tapi bila terbayangkan Manja, trus ke bersemangat ala-ala PLKN gitu. hatiku risau betul bila berfikir ku kena beli FM untuk dia.. aduh..
Sitisifir10 - eh, puan siti ke sini? aduh, malunya sy ni.. blog siti byk ilmu, blog sy ni layan jiwa je lebih.. heheheh.. neway, thanks utk doa tu dan sbb sudi jengah..
Liza - chaiyok, chaiyok!!! go go liza.. kita sama2 pump susu untuk anak kita!!! Amin..
sedih nyer..saya pernah terkena pada diri cerita cam akak...tp sbb tak kuat saya putus asa..
aper2 pun saya doakan akak yer.. :)
Kak..saya tak pakai fs tp alhamdulillah dgn spctra ni stok susu utk raziq mencukupi..insyaallah..
apapun..semoga niat kita dapat diteruskan...
salam.
wan - hampir gak akak putus asa tp berkat kewarasan, akak tune balik.. alhamdulillah, Allah sentiasa bersama umatNya yang bersabar dan berdoa. Untuk hari ini walaupun hasil bagi setiap sesi pump (dah 3 kali pump ni) tidak memberangsangkan, akak masih bersyukur kerana tiada lagi di bawah 1.5oz. Wan jgn putus asa tau.. pepe pun minta pada Allah.
izzah - salam kenal. trimas sbb sudi jengah blog akak. neway, dulu masa pakai S3 pun akak rasa cam gah sangat.. hehehe sbb tak penah ada masalah macam ni tp bila tukar pada harmony dan Manja dah 7 bulan, dengan stress keje dan orang sekeliling, production pun terkejut sama.. tak pe.. kitakan diberi Allah kekuatan yang tidak ada pada kaum lelaki iaitu kesabaran tahap maksima. Semoga susu Izzah tak buat hal dan kena byk berdoa utk mencapai 2 tahun..
nonnie,
kakyong support seme ibu2 yang berusaha nak beri susu ibu pada baby ni... caiyoookkkk... kakyong walaupun direct feed , kdg2 bila rasa mcm tak pejal tu, riso jugak.. sbb aliya ni jenis bergantung di tgh mlm sampai le ke subuh... ;)
kak yong.. bagus!!!! biar je aliya tu bergantung.. rezeki dia tu..
Post a Comment