Tuesday, June 16, 2009

Camna 'ek?

Salam. Bismillah.
Sejak Sabtu lepas telapak tangan aku belah kanan ni sakit tak ingat. Sakitnya menyengat, dah berurut satu badan pun tak mau baik2. Kemuncak ceritanya, malam tadi waktu aku nak masak spaghetti ala-ala Itali , tangan aku langsung tak boleh bukak botol Prego tu. Sakitnya sampai meleleh air mata aku. Langsung tak boleh menggenggam. Sampaikan memegang senduk pun aku rasa cam seksa jiwa dan raga. Terus mood makan aku hilang.
Sampaikan malam tadi berbalas sms ngan Aishah pun aku tak boleh pegang handphone ku macam biasa. Terpaksalah ku pegang tangan kiri dan menaip sms guna satu jari je. Pagi ni pun waktu aku pegang iron, still tak boleh mengenggam. Menggosok baju dengan linangan air mata dek sakit sangat. Tapi kalau bukan aku yang iron baju, sapa lagik? B? Hahahah.. alamat bergaris seribulah baju kerjanya itu....
Waktu ngepam tadi baru aku rasa betapa seksanya menggunakan pam manual. Dan baru terlintas di fikiran aku sejak minggu lepas aku mengepam menggunakan harmony sebanyak 8 kali sehari untuk memastikan breast aku dapat signal demand. Dan selama 8 hari berturut-turut dengan sesi pump 5-8 kali aku menggunakan tangan kanan yg banyak jasanya ini. Patutlah sakit semacam je...
Aku kena tabahkan hati untuk menunggu lagi seminggu nak dapat FS. Sib baiklah aku dah order ngan dak Aishah, kalau tak jenuh gak lah aku nak guna harmony ni bertahun.. tapi still kena carik pump alternative ni, sbb tangan aku langsung tak bleh nak genggam.. menaip entri ni je guna sebelah tangan, dekat 2 jam hah.. sambil buat keje office ni.
Ada tak dikalangan pembaca (pembaca katanya!!!) yang nak sewakan S3 ke, PISA ke untuk jangkamasa seminggu ni??? anyone???

8 comments:

sujaihah said...

ala sedih nyer..banyak bersabar ek...saya nak tolong tap taktau nak tolong camner..

tolong doakan akak cpt sihat ye

nonnie78 said...

salam. wan.. thanks atas doa wan tu. alhamdulillah. ada solution dah. berkat pertolongan kawan2 ni.. insya Allah dalam jangkamasa terdekat ni dpt bp ganti. pinjam dari kawan sorang sementara tunggu fs akak sampai.

me_czar said...

Nonnie. jangan stress sangat okeh.. nanti supply merudum lagi (hehe.. yang tukang cakap ni pun sama..)

nonnie78 said...

myza, aku ni dh lebih dari stress dah ni.. tp nk wat camna kenalah struggle gak penuhkan fridge. mu tu pun kena tenangkan diri.. stress keje yang melambak..

Mama Shinta Musraika said...

Salam Nonnie..

Kalau ku ada extra S3.. bleh juga ku terbangkan ke rumahmu. malangnya S3 ku pon satu je.. tulah harapan nusa dan bangsa untuk ku mengumpul SI buat shinta tercinta... eh.. apa la melalut plak. sori!

Nonnie.. akhirnya jadi juga ambik FS tu ya.. bleh guna batri ke? wah.. citer lah nanti bila dah guna.

Tabahkan hatimu ttg tangan yg sakit mengepam tu.. ku penah sakit pergelangan tangan masa berpantang.. ku paksa juga guna tangan tu.. slalu urut2. Tapi memang ambik masa gak nak sembuh lagi2 kita dok paksa guna tangan nak buat keja tak bagi can tangan tu rest.. tulah dia nak bagitau yg dia penat tu... tapi apa nak buat. takan nak cuti mengepam pula kan?

nonnie78 said...

salam mimie.

aduh.. jauhnya nak diterbangkan S3 itu.. tak pe.. kat semenanjung ni masih ramai teman2 yang nak membantu. tapi ku betul2 hargai keprihatinan mu itu mimie.

tgn ni tetap ku kerah untuk mengepam walaupun kerut kat dahi ni dah macam nak bercantum satu sama lain.. untuk anak terchenta tetap ku pump biarpun nanti mungkin urat2 kat tangan ni mengamuk sakan.. tak pe.. berbakti pada anak sendiri, insya Allah bila aku dah tua nanti dia akan guna tangan dia pulak untuk jaga aku.. aduh.. syahdunya... thanks ye mimie..

fs? nanti ku hupdate ye.. ada hikmahnya pembelian secara installment ni, kebetulan lak tangan sakit. mu pun patut invest tau sbb nnt shinta nak dapat adik.. hahahahhaha... ada brani nak tambah???

Mama Shinta Musraika said...

salam Nonnie..

tambah? hahahah.. blum buat masa terdekat ni. Tunggu lah shinta dah petah bercakap macam anakmu si baby.. :)

nonnie78 said...

mimie.. kot nnt ko yg tak terlayan kepetahannya tu.. skang ni ada je yg kluar dari mulut dia. naik letih aku.. kekadang soklan tak terjangka dek akal kita. jgn lama sangat, umur makin meningkat lebih banyak komplikasi.. chewah.. aku jadi doktor tak bertauliah kejap... hahahhhaha..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..