Wednesday, May 20, 2009

Susu oh susu

Salam. Bismillah.

Seminggu dah aku tak update blog. Bukan sengaja tapi aku tak de mood ekoran susuku merundum teruk sejak hari isnin. The worst pukul 1.30 tadi aku pergi pump dapat tak sampai 2 oz. Ya Allah..
Frozen EBM langsung tak de dah sekarang ni. Aku dah kembali macam dulu, pump hari ini untuk guna esok. Kenapa ek? Nak kata sebab period, bulan ni aku belum lagi period walaupun tanda-tanda sengal pinggan dan perut tu ada.
Semalam berbalas pm dengan Aishah a.k.a amyshazz tentang FS. Nampaknya terpaksa jugalah aku invest FS memandangkan sekarang ni waktu aku agak terhad untuk berkejar ke store bagi sesi pump yang sekarang ini bertambah dari 3 kali ke 5 kali. Sengaja ku buat tiap 2 jam untuk stimulate kan br3a5t.
Aku betul-betul tengah risau sekarang ni. Nak masuk ke SI.com bermakna memeningkan kepala hotak aku dengan thread yang ntah pepe sekarang ni. Terlalu banyak thread dan orang baru yang berceloteh tak hingat dalam tu. Paling tidak pun aku masuk ke Tha's forumotion, sebab belum lagi diceroboh oleh mereka-mereka yang bercerita tentang duniawi tidak berkaitan susuibu.. hahahah...
Camna 'ek? Sekarang ni aku dok telan Motilium 2 biji pagi, petang dan malam dan Pil Fenugreek 2 biji pagi, petang dan malam. Tak bahaya ke? Aku betul2 tak nak bagi Manja FM. Tapi kalau dah terpaksa.......................

10 comments:

scudmami said...

nonnie~ ciannye... sorry la takde advice nak bagi sbb takde experience tang fully BF & productn merundum etc nih...
takpe dont give up.. insyaAllah Manja will get the best

kakyong said...

salam cik puan nonnie

FS tu aper yer? ni org yg bukan ebm yg suka menyebuk, tp ku simpati .. sbb ku juga Bf, walau bukan pengepam...

dlm dunia mengepam ni si Tha@Norhayatie tu le perujuk utk ibu2 mengepam..

byk sgt kerja ker? @ stress?!!

apa2 pun kakyong hope u jgn stress, nanti terus merudum...

meh dtg blog borong award yer..
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/sesi-menepek-award-part-2.html

& ade juga tag utk mu...
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/sesi-menjawab-tag-part-2.html

nonnie78 said...

salam

norley,

tak give up aiii... lg usaha nak tingkat production. tu yng dok telan pelbagai ubatan tu. dah tak amik kira diri sendiri dah ni. anyway thanks for ur support.

kak yong ku sayang,

FS tu Medela Freestyle. Nanti teman ceghita ye nape teman kena juga pakai menatang ni.. heheh..
itulah, ku join forum si Tha untuk kuatkan semangat. stress?? ya jugak kot. penat? memang ya pun..

tag lagi ke, kak yong? hahah.. utang saya dah banyak sangat ni.. tak pe.. nanti sy amik ye.

Mama Shinta Musraika said...

salam nonnie..

mu cuba Motilium tu? tak rasa kesan sampingan tak? ku penah terbaca kat SI. sesetangah org tak sesuai guna motilium sebab boleh timbulkan stress, keletihan & kelesuan.. boleh buat kita moody & jadi byk fikir macam2. harap mu sesuai la dgn motilium tu..

ku pon order fenugreek dari arianastore tu juga! tapi dah seminggu lebih berlalu pil fenugreek ku tak sampai2 lagi :)

aku pon mcm mu suplly ku suka suki jer merundum. biasanya on off. 2 minggu o.k.. boleh simpan stok beku lagi.. pastu 2 minggu kendian teruk. sampai nak dpt 10oz pun berhempas pulas siang malam. sekarang walau pon supply kira o.k tapi dah tak mcm dulu2. paling byk bleh dpt 4oz jer tak penah nak reach 5oz.. tu pon dlm 3 kali pam sekali jer dpt 4oz.. yg selebihnya dpt 2.5-3oz jer.. mujur shinta dah makan solid. so dia dah kurang SI..

Manja dah start solid tak? dia dah 6 bulan kan?

byk2 sabar yer..

nonnie78 said...

salam mimie..

setahuku maxolon yang bg kesan camtu kan? kalau betul motilium pun camtu, tak tau lah pasni aku nak makan pe as a booster. fenugreek pun cam tak berkesan je. nak kata ku penat sangat, tak de wat pe pun. makan pun kat luar. kain baju pun seminggu 2 kali je basuhnya tapi dalam kuantiti yang banyakkkkkkkk.. hahaha.. kan bala tentera ku ramai gitu..

minggu ni belum sekali pun sesi pump ku dapat 4 oz, itu yang buat ku sedih. slalu tu kalau ku lmbt pump mencurah-curah dia keluar tapi skang ni nak dptkan 3 oz pun aku siap kena perah pakai tangan. tu yang ku nak cuba FS tapi fikir balik berbaloi tak? buatnya dah beli nanti, tetiba langsung tak dak susu, camno?

Sib baiklah Manja dah start solid tapi sbb still baru, aku tak nak la bagi solid food banyak2 dulu. biar dia puas minum SI. aku tengah nak cuba minum soya sampai muntah ni. tak kisahlah kena invest banyak duit janji susu aku kembali normal..

Mama Shinta Musraika said...

Salam nonnie..

hehehe.. ku memang sah salah info. maxolon la yg ada efek mcm tu. sorry.

kes mcm ko ni nonnie sebiji mcm yg ku alami dua minggu lepas. ku guna S3 pun sama juga kalau dah merundum tu memang gitulah kejadiannya. sekarang ni supply o.k tapi ku memang takut gila sebab bila2 masa je dia just simply drop tanpa sebab. tu yg ku asyik bedal longan, barli,oat& yg paling efektif Soya.Longan, barli & oat murah sikit kosnya. sebab masak sendiri(tapi kurang mujarab). Soya ni yg mahal.. sekotak 1 liter RM1.95x2liter perdayx30days =RM117.00 juga melayang sebulan! ku pernah beli biji soya mentah kat giant try masak sendiri tapi.. tak boleh nak telan pula hehehe..

nonnie ko pump kat mana? surau opis ke apa? takde power point? kalau ko beli extention wire pjg yg gulung bulat tu dari ruangan yg ada power point tarik masuk ke surau tu macam mana? boleh tak? FS mahal btul.. syg S3 mu dah jual pula. tapi yelah.. kesulitan ni memang susah nak wat ape. mcm ku juga cuma boleh pum lunch time.

supply ku merundum rasanya coz gap pumping time more then 3 hour.

ku doakan moga Supply mu will back to normal soon...

ajasu said...

Salam kak nonnie, kalau x keberatan Aja bg pendapat mungkin?

I usually was asked by fellow our breastfeeding mom, does medela FS helps in term of making sure you may increase your milk production? Atau dlm bahasa mudah nyer 'susu byk tak kalau pakai FS?'

I really like when mommies choose FS because they wanted them as convinient tools to pump, other than changing from one pump to another in hope of increasing the milk supply. Coz I am so afraid some mothers may end up frustrating.

But I also cannot deny when we use great pump like FS. The convinient of pumping, the 2-phase expression sometimes helps a lot. Plus, a good pumping schedule..is a must have. OR you may want to try to add another pumping session? Hasilnyer mmg kalau bisa mungkin dilihat pun, sesetgh org akan amik masa 2 minggu.

Kak nonnie may want to try 'galactogagues' seperti yang mama shinta mention..selain dr yang kak nonnie dh ambil. Try to rilex more, think of manja more. Tapi bila ingat Manja, jgn dikenang kemeruduman susu tu, kenang masa dia minum gulp, gulp ... and smile to yourself ;)

You have been walking thru this journey so far, try to look back and smile. Sometimes its help to look back other than looking forward.

Ok kak, maaf la Aja nih mmg inilah kerja nyer, bloghopping umah org pepagi buta..haha..

Take care...moga kita semua berjaya ya.. InsyaAllah

p/s: haha...nih mmg komen x hingat punyeee la kak. Lupe lak numpang komen kat blog org..

nonnie78 said...
This comment has been removed by the author.
nonnie78 said...

salam.

mimie - mu invest banyak pun tak pe.. tuk shintamu yang terchenta itu!!! invest hari akhirat tu, tau! jangan ungkit2..

aja - thanks a lot untuk komen nan panjanggggggggg itu. That's what a reason why akak still pending to buy the FS till todate. 1st of all, to invest RM1+++ is a big challenge for me since i have so much commitment to cope. then, if i buy the FS and the situation is still the same, tau je lah nanti the other part of me tu sure melenting tak hingat nye.
boosters, sekarang tengah try all. bought horlick, soya, barley, chocolate (as people said once 'love' is there, our milk will burst easily, rite?). Alhamdulillah dengan izin Allah with increasing pumping session i've manage to back to normal even not as normal that i wished. But then it is a good signal for me. Thanks for your attention.

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..