Wednesday, April 1, 2009

Crazy Momy CD - The Fact

Salam. Bismillah.
Aku dah basuh, dah sidai, dan dah pakaikan Manja & Baby CD yang dapat dari maryaaa itu. Perh... lembut dan gebu je punggung anak dara ku itu. Tapi aku perasan Baby tak boleh pakailah sebab k*nc*ng nya banyakkkkk sekali. Pakai tak bape jam je dah bocor.. hahahaha..iyalah, dia pun dah dekat 2 tahun, sure tak kena kan?? Jadinya, suma cd adalah hak mutlak Manja kecuali 3 cover cd yang ku suruh Mimie a.k.a Shinta_mum belikan dari KK, kupakaikan pada Baby. Tapi dalamnya ku letakkan 2 helai napkin yang berlipat-lipat sebagai dinding pertahanan during tidur time.
So, sekarang ni tengah menunggu durian runtuh a.k.a gaji dan kutu untuk belikan more cd untuk Manja.. seriously, memang berbaloi lah pakai cd ni. Ku basuh bila dah cukup 4 tu terpakai. Tapi sementara tu Manja kenalah pakai DD dulu. Kalau kat umah ibu, ibu terus basuh dan sidai je walaupun cuma 1 cd (ni yang sayang kat ibu niiii) sebab kalau matahari bersinar indah, sempatlah nak pakaikan semula pada Manja.
Doakanlah aku berjaya mendapat duit yang maha banyak untuk memborong cd-cd dari sue chantek, maryaaa dan kak liza demi menyelamatkan dunia yang makin hari makin bertambah nipis lapisan zone nya ini.

3 comments:

luvhaziq said...

Salam kak nonnie...
tie doakan akak supaya cepat2 dpt beli cd.amin....

Shinta Musraika said...

ha..ha.. akhirnya pakai juga cd murah tu. sy pon tengah kira2 nak beli cd yg cantik tu.. tapi tgk la dulu. budgetku ketat bangat!

nonnie78 said...

salam tie.. Amin. Amin..

salam mimie.. ku memang dah pakai lama dah cd murah tu. since the day dpt dari mu tu, ku basuh dan pakaikan pada Baby. Dia tak bagi ku pakaikan pada Manja pun. Katanya itu dia punya.. hahahha.. memang best bah! Nanti ku nak cuba cari di KL ada ke tidak.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..