Thursday, April 2, 2009

Jiwa kacau... Semak!!!!

Salam. Bismillah.

Kala menulis ini aku memang tengah jiwa kacau.
Semak, semput, sedih dan macam2 rasa dalam diri ni.

Pagi tadi lepas hantar Manja ke rumah ibu baru aku perasan yang
aku masih belum hantar balance EBM untuk mencukupkan keperluan
Manja hari ni. Makanya aku pun terus bergegas balik dan bukak fridge
yang menempatkan EBM Frozen aku. YA ALLAH!!!!! Rasa nak menitik air mata
bila aku tengok stock frozen EBM aku kebanyakannya dah mencair. Ada
a few je yang belah belakang tu yang still frozen.

Cepat2 aku keluarkan semua dan susun ikut tahap sejuk dan bekunya.
Ada dekat 30 oz yang dah mencair tapi masih sejuk (luckily dalam frozen, kalau
kat chiller mau nangis guling2 aku) terus aku hantar dan suruh ibu gunakan
pada Manja hari ni dan esok. Jadinya disebabkan sayang EBM Manja hanya akan
minum fresh EBM sebanyak 6 oz je hari ni. Selebihnya akan minum stock EBM yang mencair.

Nak tahu kenapa? Malam tadi ntah berapa kali letrik kat rumah aku tu
kena trip. Tapi aku sikit pun tak ingat tentang stock EBM aku tu (ntah ke manalah
fikiran aku malam tadi??) Sampailah TNB datang dekat kul 12 untuk potong wayar
dan buat penyambungan semula. Rasanya dekat 20 minit gak lah.
Dan mungkin disebabkan trip yang banyak kali sebelum tu telah menyebabkan
fridge aku sedikit meong sehinggakan langsung tak menyala sampai ke pagi ni!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Sekarang aku tengah menahan
rasa sedih bila mengenangkan stock EBM Manja yang dah makin kurang.
Nasib baik aku ada simpan lebih kurang 20 oz lagi kat rumah mak aku.
Itu jelah bekal untuk Manja minggu depan.
Nak pump ni pun jiwa tengah kacau giler, kakak aku
pulak call suruh balik sebab dia nak pegi hospital dengan mak dan
abah aku, dia dah tak tahan sakit pinggang yang teramat sangat
(kes slip dics dia tu lah). Suh aku balik tengok anak2 aku
yang perangainya maha dahsyat itu.. nak pump rasanya
boleh dapat banyak tak????

Nota Hujung Kuku: Aku betul2 jiwa kacau.................

5 comments:

Shinta Musraika said...

Salam. Bismilah..

Nonnie.. tarik nafas dalam2 kejap & hembus pelan2...mudah mudahan nonnie tenang sikit. memang terkacau perasaan klau melibatkan EBM ni.

ku plak lain pula citernya. pagi kelmarin ku simpan la BM yg pam pagi tu kat tingkat atas fridge. ku simpan dlm2 ujung sekali. supaya kalau ku lmbat balik pon hubby guna Bm semalam yg kat depan sikit (kes mls nk melabel lah ni)

bila semlm nk prepare Bm utk hari ni. tgk yg BM yg kat dlm tu beku? hah! terus ku rendahkan sikit suhu fridge.. heran klau bm duk dekat ujung kat dinding fridge tu pndai beku plak?

fiza said...

Relaks nonnie, klo stress lagi susu kurang. Doa byk2 & happy2 slalu. Mu ada baca tak inspiring story kat blog ku? mungkin boleh menaikkan semangatmu. Dont' give up dear.

yOkOyOpOyO said...

alahaii sian k nonnie.. sabar ekk.. adui, x de letrik nih laa masalah yg paling ditakuti mommies yg simpan frozen ebm ni... hhhuhu.. mungkin ada rahmah sebalik semua nih.. mana tau lepas nih rezeki susu manja melimpah ruah ker?

luvhaziq said...

Salam kak nonnie...
kisah kita sama jer.tie blk kerja smlam asyik sibuk suka menyuap haziq mkn bubur dgn byknya,terlupa nk simpan ebm yg dr office msk dlm peti...wa.....nangis pg td.akak tie cium blk susu tue n ckp bau ok n xbasi lg.bg haziq mnum terus byk2 pg td...sedih sbb mcm mana tie blh lalai smlam...dugaan kan utk kita

nonnie78 said...

salam.

shinta - same thing ngan ku lah. luckily EBM tang blakang tu still frozen, bolehlah ku campak ke dalam fridge my mom sebelah rumah. itupun sib baik my mom duk dekat, kalau tak maulah rasanya ku pinjam fridge jiran untuk storage. memang tang blakang tu mungkin lebih cepat beku sbb gasnya datang dari blakang, kan??

fiza - smlm ku amik half day utk tenangkan fikiran. pump pun sekali je on the way amik eldest doter dari skolah. pastu gi makan ngan my MIL utk release tension. balik tu memang breast membuak, sampaikan bila Manja suck je memancut-mancut.. ku ada baca story tu.. mmg bagi motivated betullah.. ku nak pump gila2 weekend ni..

syaza - Amin.Amin.Amin. Doakan susu akak melambak ye.. BTW, semalam terperasan kat rumah rupanya ada sebotol besar Sarsi F&N tersimpan tak berpakai. Balik ni nak cuba bancuh dan minum bebanyak. manalah tahu kot2 menjadi lak macam Syaza. Boleh jadi booster lak.

Tie - Akak tengah positifkan diri ni. Kita tak bleh nak elak dari menjadi pelupa. Cuma lepas ni harap2 tak terus melatah lah bila jadi lagi sbb betul2 jiwa kacau. Tak de mood dan totally lost mind. Hehehhe.. kakak mu ini memang cepat menggelabah. Kita trus pump dan trus simpan stock ye.. Caiyok! caiyok!

Tapi..... Manja skarang ni dah kurang nyusu. Dia sudah mau merangkak... susuku itu bape lama bleh tahan ek dalam chiller? bawa ke hari isnin rasanya ok tak???

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..