Tuesday, March 17, 2009

Cloth Diaper & Manja


Salam. Bismillah.


Sejak dari pertemuan para ibu ahli susuibu.com, aku pakaikan Manja cloth diaper @ CD sebagai langkah awal untuk penjimatan duit dan memelihara alam sekitar. Hijaukan Bumi Kita!!! Semalam aku terdengar Abby Fana bercakap dalam Suria.fm (betul ke hah) tentang hijaukan bumi. the best part tu ayat akhir dia : BUMI INI BUKAN KITA WARISI DARI IBU BAPA KITA, SEBALIKNYA KITA PINJAM DARI ANAK-ANAK KITA.. Hah.. terfikir gak aku, betul..betul..betul..


Sekarang aku dah ada 6 sets of CD. 2 sets Lunatot punya, beli waktu gathering hari tu sebagai permulaan dan sebagai experiment. 1 set Coolababy 2 insert yang dpt harga runtuh beli dari kak liza lepas kenduri kawin kawan hubby di Taman Melati pada 8 Mac 2009 dan 3 sets kirim dari Shinta_Mum a.k.a Mimi di KK sebab yang ni murahhhhh ya amat dan datang dari China, cuma RM3.50, cover dia pun bukan plastik, tapi kain juga. Terima kasih, bah atas pertolongan kamu. Cuma material dia jauh lebih cekai dari yang ke 2 lagi tu. But then masih boleh digunapakai dan memuaskan hati lah...


3 sets pertama dah pakai, cuma yang 3 sets terakhir tu belum sempat di cuba try test tengok sbb malam tu aku basuh je, esoknya ujan lebat-selebat-lebatnya... wargh.... tak kering.....!!!! ngan cd-cd yang lain tu pun tak kering...


jadinya Manja hari ini pakai DD buat sementara waktu. Sekarang tengah mencari CD 2nd hand, kalau ada yang nak jual.. mohonlah menghubungi aku.....

3 comments:

Shinta Musraika said...

comelnya manja! rambutnya hitam lebat!! tapi gambar tu tak clear bah! mau tgk si manja closed up hehe..

marilah kita ber CD.... comel betul si Manja pakai CD coolbaby tue...

me_czar said...

Wa.. manja dh ber'cd' yer. Yes.. go green mommy! Cuba tgk kat forum miabambina.com. Ada section buy & sale kat situ.

nonnie78 said...

mimi - nanti kita upload gambar lain yee... byk sgt gambor dia tu. rambutnya mmg lebat sangat bah. beralun lagi.. hehhee.. sampai hubby ku tak bagi potong.. sayang katanya.

myza - go green!!! nanti nak cuba masuk ke web tu.. ujung bulan ni nak stop trus pakai dd, bila tgk Manja pakai cd, comel je..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..