Wednesday, March 11, 2009

Sampai Syurga .. Cuba

Salam. Bismillah.


Sampai syurga...Cuba... tajuk yang tak kena langsung dengan entri aku ni. Cuma sejak kebelakangan ini, aku sengal. Dalam sengal-sengal aku tu aku karen giler dengan 2 lagu Faizal Tahir ini : Sampai Syurga dan Cuba. Sebab apa ye? Aku ni memang selalu lambat; lambat dalam menghayati lagu yang sedap didengar. Tapi bukan bermakna aku tak mengikuti perkembangan muzik tanahair, cubanya sedikit lambat dari kalian semua. Kalau kalian naik ERL, ibarat aku ni naik komuterlah.. hah... sapa dulu sampai ke Seremban? Mestilah aku.. sebab ERL tak pergi Seremban, komuter je yang pergi... hahahahah...
Kalau tak salah kali pertama aku betul-betul menghayati 2 lagu ini waktu Juara Lagu yang lalu. Itupun sebab tak de gangguan dari suami dan anak4. Aku berjaya mengayat Syamimi untuk tengok Juara Lagu. Dan aku betul2 tertarik dengan persembahan Faizal untuk lagu Sampai Syurga, siap salin baju depan orang ramai! Meong betul lah dia.. huhuhu..
Ada kisahnya tentang 2 lagu ini. Aku rasa kurang selesa dengan keadaan sekarang ini. Aku sering dilanda kebosanan, sedih, pilu, sakit hati dengan seseorang yang cuba mengambil kesempatan atas diamnya aku, atas lemahnya aku...
Jadi, 2 lagu ini sekarang menjadi teman paling akrab buat diri aku. Bukan Faizal Tahir tau, tapi suaranya, bait-bait katanya. Semuanya kena dengan keadaan dan isi hati aku. Malas nak cakap banyak sebab takut bertambah sengal.. kita layan je lah ye lirik lagu ni...(aku malas nak letak lagu2 ni.. sbb tak suka bila tiap kali aku bukak blog aku, berkemundang lag(u bertali-arus.. boss aku allergic skit ngan lagu2 ni... hahahhaha)

Lagu :
Sampai Syurga
Artis:
Faizal Tahir
Ku membenarkan jiwaku
'Tuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
'Tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
'Tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya satu hanya kamu
Ku membiarkan hatiku
'Tuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
'Tuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
'Tuk dirimu saja Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
'Tuk dirimu Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Lagu:
Cuba
Artis:
Faizal Tahir
Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati
Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa
Siapa Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu
Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri
Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa
Siapa Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu
Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku
Siapa Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..