Kelelahan, mengantuk, sakit tengkuk dan pelbagai perasaan dalam diri. Tapi semua itu diatasi dengan syukur dan rasa lega yang berpanjangan bila Baby kembali sihat seperti biasa. Kalau dah memang budak lasak, dalam demam pun dia nak melasak jugak.
Semalam mak aku kata Baby tidur pagi awal, belum pukul 11 dah masuk buaian. Bibirnya merah, batuk2 dan selesema. Memang malam sebelum tu lagi dia dah macam tu tapi disebabkan dia masih dalam condition 'okay' dari kacamata aku sebagai seorang emak, aku biarkan je dia bermain. Masih ada 'nafsu' mengacau kakak buat homework, masih ada selera makan Hokkien Mee di Kedai China Muslim Taman Cempaka dan masih mampu meneguk milo ais. Cumanya hingus sentiasa meleleh dan sesekali batuk sampai muntah.
Itupun aku sapukan Vicks dengan harapan tidak terjaga malam dek kerana batuknya tu. Tak sangka pulak siangnya dia bertambah teruk tapi petang semalam masih berlari di jalan, bermain dengan ayah sehinggakan jatuh waktu nak capai batang paip Syabas! Bak kata mak aku, demam ke tak ke sama je.
Malam tadi makan burger dengan kakak dan adik tapi kurang berselera. Asik meludah balik. Cuma waktu aku makan nasi dengan sup ayam dan telur goreng, dia makan tanpa banyak kerenah. Malamnya, dia terjaga sekitar pukul 12, betul2 selepas aku habis solat Isya', dia naik ke katil aku (anak3 ku ini mmg tido dengan ayahnya, mama tido ngan si kecik Manja je) sambil panggil mama-mama-mama bertalu-talu. Cuak juga rasa kat hati ni. Pastu dia pegang tangan aku sambil sebelah tangan membetulkan kain basah kat kepala.
Terus aku beralih tempat, baring dibelakangnya. Terasa panas betul badan dia walaupun dia pakai baju. Langsung aku tanggalkan baju dan suruh B amik termometer nak check temperature dia. Tunggu punya tunggu tak berbunyi pun benda alah tu. Nombornya makin naik dan makin laju, dan akhirnya berhenti dengan 3 kali bunyi. 39.3. Terkejut aku sekejap. Aku pun apa lagi, bangun sambil salin baju dan seluar, call mak aku suh datang jagakan yang lain yang tengah tido tu dan B pun sempatlah masuk ke toilet nak membuang semua bagai.
Sampai kat HUKM punyalah banyak kes kecemasan. Ambulan je beratur sampai 3 biji. Dalam hujan lebat tu B tinggalkan aku ngan Baby untuk parking keta. Pas amik data suma tunggu dalam setengah jam baru kena panggil untuk check by Pembantu Perubatan. PP tu check temp dia naik lagi ke 39.6, aku dah risau tak ingat dah. Takut juga dia kena tarik. Tapi pas masuk ubat kat b*nt*t tu aku jerlun badan dia ngan towel basah, redalah sikit demi sikit. Tapi menunggu nak masuk ke Bilik 5 A2 tu dekat 4 jam. Imaginelah aku balik kul 5 dekat 6 camtu. dari kul 1 aku menunggu turn..
Sedang tunggu turn tu dia pun tido-bangun-tido-bangun sampai satu part aku bawa dia duduk dalam bilik penyusuan bayi, dia request nak main air kat paip dalam tu. aku bukak je lah paip tu.. sioklah dia.. pepagi tu dapat main air.. siap gelak2 lagi.
Masa sampai di kereta, tayar kena clamp pulak! B gi jumpa pak guard untuk bayar tapi rupanya saja je pak guard tu letak clamp tu kat situ, tak kunci pun. saja nak takutkan orang lain supaya tak parking kat belakang keta kitrg. Syukur.. kalau tak melayang juga RM50. tima kasih abang guard, jasamu dikenang. (aku teringat kata2 seseorang :-kalau kita tak lokek dengan orang lain, Allah melorongkan pertolongan dalam keadaan tidak terduga)
Alahai Syamiza.. tak kisahlah mama tak tidur malam tadi asalkan buah hati mama dah sihat. On the way balik smpt gak dia usik ayah dia bila aku tanya nak makan apa, baby? jawabnya 'acik ngan itan' (nasi dengan ikan) tergelak besar ayahnya.. mana nak cari baby? umah mak. huhhuhu... bila dah sihat, keletah dan lasak tak ingat pulak... ehm...
No comments:
Post a Comment