Hahahah.. pe punya tajuklah aku letak tu. Sebenarnya aku pun tak tau nak citer apa. Tu pasallah tajuk tu cam jiwang karat a.k.a drama tv1 je lagaknya. Ntahlah.. semalam aku pegi ke Klinik Pergigian Rosni Adam di Plaza Dwitasik. Adalah lega skit sakit gigi aku walaupun belum dicabut atau ditampal. Next appointment hari Isnin kul 9 malam, masa ni baru doktor nak cabut gigi aku. Dan yang paling menyakitkan hati aku bila aku refer ubat dari Klinik Deol tu, Dr Rosni cakap ubat utk gusi tu (actually antibiotik - maknanya aku makan 2 jenis ubat antibiotik) memahitkan susu badan. Dalam erti kata lain tak sesuai untuk bf mom macam aku ni. Hangin je aku. patutlah on the 1st day, Manja tak nak bf tapi aku dok tonyoh gak lah. iyalah.. kalau tak nak suh dia minum camna kan?
hari ni aku datang kerja dengan lambatnya, dengan tak de moodnya. semalam dok merendek ngan B dan mimi sampai ke PJ, Bangsar, ikut hubbyku itu bekerja. sampaikan keje sekolah mimi tak buat malam tadi. slalu dia ngaji petang, tapi semalam ngaji malam. pas ngaji kuar makan dan on the way balik dia dah tido pun. pagi tadi bergegas buat kerja sekolah ngan mamanya ini. macam sekolah balik je aku rasanya.
Dah lama tak borak ngan MIL aku.. (lama sangat ker? baru semalam borak kat phone!) ari ni dia sms aku suh call balik. saja nak borak katanya. dia bitau yang dia beli lipstik sampai 4. biasalah MIL aku ni nak amik ati staff, layan je lah.. so, katanya nanti kalau balik dia nak tunjuk dan nak jual kat aku.. aku? ala.. lipstik aku tak penah abis.. bertahun2.. dah expired pun aku guna je. itulah sebatang je. seminggu sekali nak calit pun susah. asik lupa je.. heheheh...
kat opis ni bertambahlah penat kepala memikirkannya. nantilah esok aku citer. ari ni aku dah nak balik ni. director sorang ni pun dah blah.. aku lagilah tak de mood nak buat keje. ada 5 minit lagi untuk aku shut down pc. kalau esok aku rajin, aku buat entri baru. kalau tak lusa lah agaknya. kalau panjang umur ye... wassalam...
No comments:
Post a Comment