Friday, October 10, 2008

JJ Maluri

Tadi disebabkan bos aku si OHS tu tak masuk office, aku ngan Ummi wat perangai ke JJ waktu lunch. Driver kitrg si Mal budak MC Dept. pun tak pasal2 terbabit sama dalam kes melarikan diri waktu lunch. Tujuan asal ke JJ sebab nak carik Maternity Pad yang aku tak beli lagi tu. In the same time nak belikan perfume BRUT Original tuk hubby aku. Puas aku cari merata tapi tak penah ada stock! Naik menyampah dah aku.
Ari tu carik kat Giant, tak de jugak. Kat Tesco langsung tak jual benda tu. Tadi kat JJ pun masuk ke Guardian, tak de stock. Watson tak de stock. JJ Supermarket tak de jugak. Sian lak hubby aku dah terberkenan sangat kat perfume yang bau nya amatlah menyenangkan. So, tadi disebabkan salah jalan untuk ke JJ, makanya kami bertiga menghadaplah jammed yang maha dahsyat (sedangkan dari office aku di Shamelin ni nak ke JJ sepelaung je!). Untuk pergi je mengambil masa selama 35 mins. Tu belum kira balik tu, dengan salah jalannya (kali ni Mal betul2 salah jalan, termasuk ke jalan jauh dan jammed).. maka lunch time kami pada kali ini adalah selama 1 JAM SETENGAH!
Balik je ke office, rasa bersalah lak kat orang lain. Padahal sebelum ni rasanya tak pernah lagi aku masuk lunch lebih dari 1 jam.. sempat take away bubur McD untuk diri sendiri dan Big Mac untuk shaik yang keluar untuk solat jumaat. Ummi sempat beli nasi ayam faberet dia kat FoodCourt JJ dan Mal sempat sambar Sushi untuk dia dan Ummi sekali.. Jepun sesat!!!!!!
-Update terbaru-
Bos aku dah masuk!!!!!! Rosak rancangan aku nak jalan2 ke web makanan seluruh internet!! cis!

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..