Friday, October 10, 2008

So sleepy

Aku tengah layan ngantuk ni! Malam tadi tak berapa tidur sebab malam jumaat Syamimi demam dan sakit telinga. Malam sebelumnya pun tak brapa tido sebab blackout satu BTR dan aku terpaksa mengipas pu3 aku tu suma dari kul 2.30am sampai ke pukul 5am.
B outstation ke Cameron Highland untuk set-up office kat sana. Dah cam tak de orang lain lak nak kena anta barang2 kat sana tu! Dahlah aku ni asik sakit perut je skang ni. So, malam tadi tengah sedap2 tido ngan Syamira dan Oshin, kul 12 camtu abah aku call kata Syamimi nak balik tido kat umah lak. Kenalah aku bangun bukak pintu dan layan kerenah dia sekejap sebelum tido balik lebih kurang pukul 12.30.
Dalam pada tengah tido balik tu, sekejap2 aku bangun untuk basahkan towel kat dahi Syamimi untuk elak panas badannya naik mendadak. Dahlah ayah dia tak de kat umah (kalau ada pun aku gak yg handle bebdk ni kalau demam - but at least anything happen aku ada kawan), dia lak asik nak merengek je. After a few times bangun-tido-bangun-tido, kaki aku cramp pulak!!! normally kalau cramp, aku biasa regangkan kaki untuk baikkan but last night tak menjadi lak cara aku tu!
Nak jerit panggil mak aku rasanya tak masuk akal sebab jauh. Nak tak nak aku kena kejutkan syamimi yang demam tu untuk ambik handphone. Sian tul aku tengok dia malam tadi. Terpisat-pisat dia bangun cari handphone dan tanya nape? Aku cakap kaki mama sakit ni, nak call atuk.
Dapat cakap ngan abah aku, aku suh abah aku antakan penggaru badan yang buluh tu. Aku tak ingat kat mana aku baca / dapat petua ni. Tapi memang aku amalkan sejak dulu lagi, since pregnantkan si syamira. Kalau kena cramp kaki atau bahasa kampung : simpul mengkarung (sorry, aku pun tak tau napa panggil mengkarung!) cari buluh atau sebarang benda berasaskan buluh, dah urut kat tempat yang cramp tu. Insya Allah urat yang bersimpul tu akan terlerai dan tak sakit. Sebab slalunya bila kita dah cure dari cramp, time nak pijak kaki ke lantai tu kan sakit kat buah betis tu. Tapi kalau urut pakai buluh, takkan rasa sakit.
Dan aku sbenarnya slalu standby chopstick kat dalam bilik. Tujuannya untuk kes-kes camni lah. Tapi kali ni aku tak standby sebab si cilik Oshin tu suka gigit sebarang benda yang dia jumpa.
Hai.. time B tak de ni lah nak jadi macam2 benda.. tension pun ada rasanya tapi dah nak kena, aku berserah je lah.....

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..