Monday, February 25, 2008

Pak Arab pukau lagi

Harian Metro; 22/02/08.
KUALA LUMPUR: Bermodalkan mata wang Dolar Amerika, tiga warga Arab menipu orang ramai dengan menggunakan taktik menukar mata wang terbabit dengan ringgit sebelum memukau mangsa.Golongan itu bergerak aktif mencari mangsa sekitar kawasan rehat dan rawat di beberapa lebuh raya selain turut mensasarkan pengunjung pusat beli-belah sebagai mangsa.
Difahamkan, mereka menggunakan taktik menghampiri mangsa sebelum berpura-pura ingin menukar mata wang Amerika dengan ringgit mangsa.Mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita turut menaiki kenderaan mewah dan berlagak bagaikan pelancong sebelum menghampiri mangsa dan menyatakan hajat menukar mata wang Dolar Amerika kepada ringgit.

Malah, mereka sanggup menggunakan dua bayi sebagai umpan dan wanita terbabit dilihat menggendong bayi ketika menjalankan kegiatan penipuan itu. Taktik mereka cukup mudah. Seorang daripada lelaki itu akan mencari dan menghampiri mangsa sebelum memberitahu ingin menukar mata wang dolar kepada ringgit.Mangsa kemudian akan mengeluarkan dompet untuk mengambil mata wang ringgit yang ingin ditukarkan dan ketika itulah wanita yang juga ahli sindiket itu akan menerpa dan berpura-pura ingin melihat bagaimana bentuk mata wang ringgit.
Dia kemudian akan meminta mangsa mengeluarkan sehelai demi sehelai duit kertas ringgit kononnya untuk mengetahui nilai kerana mendakwa tidak pernah melihatnya sebelum ini. Ketika itulah, mangsa akan dimanipulasi dan tidak akan menyedari perbuatan mereka yang mengeluarkan wang dan hanya mengikut arahan lelaki dan wanita warga Arab itu.
Dalam keadaan kelam-kabut itu jugalah, dua warga Arab terbabit akan mengambil dompet mangsa dan membelek wang yang dikeluarkan dari dompet itu seolah-olah mereka tidak pernah melihatnya.Terbaru, seorang lelaki, Syamsudin Yahya, 35, menjadi mangsa kumpulan itu ketika dia berada di sebuah hentian rehat dan rawat selepas pulang dari tempat kerjanya di Dengkil.
Menurutnya, ketika itu dia didatangi dua warga Arab iaitu seorang lelaki dan seorang wanita yang menggendong bayi sebelum ditegur mereka yang kononnya ingin menukar wang.“Saya tidak mengesyaki perkara buruk dan mengeluarkan wang yang ingin ditukar mereka.“Namun, secara tiba-tiba wanita terbabit menerpa ke arah saya dan meminta ditunjukkan mata wang ringgit kerana dia mendakwa tidak pernah melihatnya sebelum ini,” katanya.
Ketika keadaan kelam-kabut, rakan lelaki wanita itu terus mengambil dompetnya dan mengeluarkan satu persatu mata wang ringgit dalam beg duitnya itu sebelum memasukkan kembali wang berkenaan.“Selepas itu, mereka menyerahkan kembali dompet saya sebelum bersalaman dan mengatakan ingin beredar kerana mempunyai hal.“Saya kebingungan ketika itu dan hanya mendiamkan diri... beberapa minit selepas itu saya terus pulang,” katanya. Menurutnya, ketika sampai di rumah barulah dia menyedari sebahagian wangnya hilang ketika ingin memberikan wang itu kepada isterinya.Katanya, selain dia, beberapa rakan turut pernah menjadi mangsa warga Arab terbabit. Berikutan itu, mangsa yang rugi RM500 membuat laporan di balai polis berdekatan.
__________________________________________________________________________________

Nota Kaki :

Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang... 2 minggu lepas perkara yang serupa terjadi pada aku sekeluarga di Tesco Taman Midah. Tapi nasib baik masa tu hubby trus cakap sorry, no change.. dan cepat2 kami anak beranak masuk ke Tesco.. pada yang membaca kisah ini minta lepas ni berhati2.. Dan berkat kuasanya Ayatul Kursi yang aku amalkan setiap kali lepas solat dan sebelum keluar rumah.... Alhamdulillah....

2 comments:

Anonymous said...

Kes pukau ni pernah kena kt batang idung aku sendiri masa keja Shangri La past few years..memang xde ati perut wat owg camtu!

Anonymous said...

sian kau, rima. kalau aku tak tau lah camna agaknya.. minta dijauhkan... orang dalam negara pun tak bleh caya ini pulak orang luar negara. tp dorg ni nampak cam bagus2 sgt. betul2 act like pelancong. luckily Allah tu sentiasa bersama aku sekeluarga..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..