Monday, February 25, 2008

Utusan Malaysia - 19/02/08

Pek Ha menangis cerita pengalaman ditahan reman

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Suri rumah, Yim Pek Ha hari ini menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen di sini apabila menceritakan pengalaman semasa ditahan reman selama sembilan hari bagi siasatan kes dera pembantu rumahnya, Nirmala Bonat pada bulan Mei 2004.
Sambil mengesat airmata dengan kedua-dua belah tangannya, Pek Ha, 39, memberitahu seorang pegawai polis berkata kepadanya, You are going to hell (kau akan menerima balasan) sebelum mengambil keterangan daripadanya.
Katanya, pegawai polis itu juga enggan mendengar lebih lanjut keterangannya dan berkata 'cukup' apabila dia masih ingin terus menceritakan apa yang berlaku.
"Dia tunjukkan gambar Nirmala. Saya beritahu dia, bukan saya yang buat (dera Nirmala), tetapi dia jawab: 'Tuhan lihat apa yang awak buat."
"Saya beritahu dia apa yang sebenarnya berlaku tetapi dia keberatan untuk menulisnya. Bagi dia, saya sudah pun bersalah," katanya sambil menangis.
Pek Ha memberi keterangan membela diri atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Nirmala, 22, menggunakan seterika dan air panas di rumahnya di 22B-25-6, Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Dia juga didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah pada Nirmala menggunakan cawan besi pukul 3 petang pada 17 Mei 2004 di tempat sama.
Menurut Pek Ha, sekumpulan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah datang ke rumahnya pada kira-kira pukul 12.00 tengah hari untuk menahan dan membawanya ke balai polis.
Selain keterangan, jelas Pek Ha, wajahnya dirakam dan kesan cap jarinya diambil oleh polis sepanjang dia ditahan.
Ibu kepada empat anak yang berusia 11, lapan, enam dan empat tahun itu juga mendakwa dia pernah tidak diberi makan pada satu hari selain tidak dapat berjumpa suami dan anak-anaknya termasuk bayinya yang masih menyusu badan.
"Kalau tidak salah, pada hari Jumaat, seorang anggota polis wanita berpakaian biasa bercakap dengan saya dan mengambil keterangan saya. Dia sangat baik.
"Saya bertanya kepadanya sekiranya saya boleh berjumpa suami dan anak serta menyusukan bayi saya. Dia kata okay apabila suami saya datang nanti," jelasnya.
Dalam keterangan hari ini, Pek Ha mendakwa Nirmala seorang yang degil dan akan keluar dari rumah begitu sahaja termasuk pada hari sebelum dia ditemui oleh pengawal keselamatan apabila ditegur atas kesilapannya.
Katanya, Nirmala juga sering berjanji akan meminum air kotor dan air kencingnya sendiri jika dia berbohong.
Apabila ditanya oleh Hakim Akhtar Tahir dia pernah melihat Nirmala berbuat demikian, jelas Pek Ha, dia tidak tahu serta tidak ingin tahu apabila bekas pembantu rumahnya benar-benar melakukannya.
Sebelum itu, Akhtar dibawa melawat ke tempat kejadian iaitu rumah Pek Ha di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada kira-kira pukul 9.50 pagi.
Pek Ha turut memberi penjelasan dan melayan para pelawat yang ingin melihat dengan lebih jelas keadaan dan persekitaran rumahnya itu.
Perbicaraan bersambung 17 Mac ini.
___________________________________________________________________________________

Nota Kaki :-

Cepat betul kita sebagai manusia meletakkan hukum dan melepaskan hukuman. Tak kisah lah dia ni bersalah ke tidak tapi kenapa perlu pisahkan dia dengan anak2 dia? Takkanlah jumpa pun tak boleh? Bila baca bab tak dibenarkan menyusukan bayi tu, tergencat sekejap jantung aku.. camnalah agaknya anak dia ye?? Bukan calang2 orang boleh tahan sakit tak menyusukan baby.. Moga Allah memberi hidayah pada polis2 ni semua..

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..