Friday, October 29, 2010

Syamira Nangis Lagi...

Salam. Bismillah.

Malam tadi Syamira nangis. Pagi ni pun Syamira nangis. Semuanya kerana Syamira rindu Atuk Mak.

Syamira memang rapat dengan Atuk Mak. Dari kecik Syamira memang kesayangan Atuk Mak. Sebab Syamira mulutnya sangat becok, rajin melayan Atuk Mak berborak, rajin membebel dengan Atuk Mak dan semua tentang Syamira adalah urusan Atuk Mak.

Malah, di pagi sebelum Atuk Mak meninggal malamnya tu, Syamira beriya-iya suruh Atuk Mak mandikan dia walaupun Atuk Mak sangat2 penat selepas hantar Ummi ke tempat kerja. Atuk Mak minta tangguh, mandi dengan Mak tapi Syamira tetap nak juga Atuk Mak mandikan. Kesian Atuk Mak, dalam pada semput2 tetap melayan Syamira, mandikan dan pakaikan baju.

Syamira jumpa dan mengacau Atuk Mak sehingga pukul 8.30 malam tu sahaja, sebelum mama bawa balik semua anak mama ke rumah dan Atuk Mak heart attack sekitar pukul 10.45mlm.
Sampailah keesokan harinya kala jenazah Atuk Mak di tengah rumah, Syamira sikit pun tak tengok muka Atuk Mak.

Saat jenazah Atuk Mak dimandikan, Syamira rela melayan perasaan di rumah menonton Barbie & Shrek (selepas Syamira menangis teresak2 dipeha Mak sampai semua orang turut menangis). Waktu jenazah Atuk Mak dikapankan pun Syamira tidak cium bahkan tidak melihat pun.

Seingat mama waktu dikubur untuk urusan pengkebumian, Syamira hanya melihat selepas kubur dikambus. Syamira sensitif bila sebut tentang kubur Atuk Mak.

Tapi mlm td dalam esakan Syamira dibahu mama, Syamira kata Syamira sangat rindu pada Atuk Mak, Syamira ajak mama dan ayah cuti pergi ke kubur Atuk Mak. Syamira cuma senyap bila mama bacakan doa untuk Atuk Mak, minta Allah ampunkan dosa Atuk Mak, hilangkan seksa kubur untuk Atuk Mak, lapangkan dan terangkan kubur Atuk Mak dan kasih dan sayang Atuk Mak macam Allah sayangkan para hambaNYA yang soleh dan solehah. Dan Syamira nangis lagi.

Pagi ni pun Syamira nangis lagi sebut rindu kat Atuk Mak.

Syamira sayang, nanti kita pergi kubur Atuk Mak, ye. Kita bacakan doa dan jirus air agar Atuk Mak 'sejuk' di bawah sana. Jangan menangis lagi ye sayang..

2 comments:

Shaza Shamsuddin said...

Kak Nonnie, entry nih sedih.. :( Jangan menangis lagi ye Syamira sayang..

nonnie78 said...

Shaza, masa menaip ni pun akak dah merebeh2 air mata. Aduhai hati.... bayangkan si kecik yg sering kita kata 'masih tak faham', sudah dapat menilai macamana perasaan rindu dan kehilangan tu. Hopefully dia akan kenang arwah Atuk Mak dia sampai akhir hayat.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..