Monday, October 18, 2010

Salah Nombor

Salam. Bismillah.
Argh... hari ni dah masuk kali ke ..... (jap... beratus kali dah rasanya) telefon aku berdering minta cakap dengan ntah-sapa-sapa.
Hari Sabtu berdering pukul 7.20 waktu aku tengah prepare dinner trus tak bagi salam nak minta cakap dengan SIVA. Dahlah suara aku ni suara pompuan (adakah susah untuk mengenalpasti suara lelaki atau perempuan?), boleh pulak si pemanggil (seorang lelaki) bertanya sampai 3 kali : Bukan Siva? Bukan India? Ini bukan telefon Siva yer?
Pagi ni pulak sekali lagi. Seorang perempuan cina bertanyakan Ah Choong. Bila diberitahu "Ini telefon Melayu", balasan yang aku terima : Ini bukan telefon CINA, meh? Aduhai auntie... ini telefon melayu.....
Sudah 10 tahun aku pakai nombor ini, bermakna sudah 10 tahun jugalah aku mendapat hak milik peribadi untuk nombor ini. Kenapa masih ada orang yang menelefon minta bercakap dengan mereka-mereka yang aku sendiri tidak kenal?
Itu sebab aku jarang nak angkat telefon bila keluar nombor yang tak ada dalam list phonebook aku. Pada semua : SILA SMS SBLM CALL SEKIRANYA ANDA RASA NOMBOR ANDA TIADA DALAM SENARAI. (hihi.. kekadang ada gak yang aku save dalam handphone lama bila transfer handphone baru, suma nombor gone..)

2 comments:

Normaliza said...

Sama la kak. Saya pun selalu je terima panggilan salah nombor. kadang2 tu no yang sama pulak tu yang duk tersalah call. dah tau salah, lagi nak dail no saya ni. hangin jugak kadang2 tu..

nonnie78 said...

tu yg buat akak malas nk angkat call tu.. tension jadinya..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..