Monday, June 8, 2009

Bukit Kepong dan Komunis

Salam. Bismillah.
Ini entri lepas geram pagi Isnin. Bukan sebab hari ini hari Isnin tapi sebab malam tadi air mata aku berjuraian tak hengat bila menonton filem kegemaran aku BUKIT KEPONG. Dan disebabkan malam tadi broadband ku pinjam dari mertuaku agak sedikit tidak menyokong semangat emosional bak kata hubbyku patriotik ku, makanya hari ini aku nak lepas geram.
Mungkin ramai yang kata : ala... citer tu dah beratus kali ulang bak kata kembarku yang sibuk buat cookies malam tadi, tak yah tengok pun tak pe.. tapi pada aku dalam keadaan 'terdesak' sekarang ni, filem tu lah yang patut kita tengok untuk membuka mata dan mata hati kita menilai kembali percaturan kembalinya Ch1n P3n6 ke Malaysia.
Minta tolonglah wahai M374yu 1574m, bangkitlah.. buka mata kalian pada tragedi yang berlaku di Bukit Kepong. Kalau bukan kerana mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara itu, tidak akan mati para polis kita dan keluarga mereka di sana. Tak sedihkah kalian melihat, biarpun dilakonsemula oleh artis dan orang kebanyakan, bagaimana teruknya 'orang kita' dibelasah pihak komunis, tanpa mengenal belas dan kasihan pada isteri dan anak2 kecil yang tidak berdosa?
Tidak kisah siapa pengasasnya. Biar dia Melayu , biar dia cina, kalau dalam dirinya itu ada kuasa komunis, nyahkan dia dari muka bumi Tanah Melayu ini. Akuilah kalian, biar kalian ini terdiri dari kaum melayu, cina atau india yang komunis ini sedikit sebanyak berusaha untuk mengganggu hubungan kita sesama kaum.
Peristiwa yang berlaku pada jam 5 pagi, 23 Februari 1950 memberi kesedaran kepada kita JANGAN BIARKAN TANAH MELAYU SEKALI LAGI DIJAJAH KOMUNIS! Biarpun komunis itu sudah tua, hampir mati tapi semangat komunis dalam dirinya masih kental. Biarkan dia mati di negara orang, biarkan Tanah Melayu tidak ada rakyat sepertinya, biarkan..... asal jangan terjadi lagi peristiwa Bukit Kepong dalam negara.

9 comments:

mamaHs said...

salam...
kak nonnie,saya pn layan jegk citer tu.almaklumler...en suami kan seorang tentera...mau gak tanggung m16 tue

Shaza Shamsuddin said...

sokong kenyataan2 kak nonnie. saya sedih bila sebenarnya pemimpin melayu kita yang menyebabkan orang melayu hilang tanah. orang kita nak jadi kaya sanggup tindas kaum sendiri.

Unknown said...

aku tk tgk tp hubby ku yg ralit dok tgk...hubbyku penuh ngan semangat..aku penuh semangat gak..semangat tido...hehehe

nonnie78 said...

salam.

tie - sepatutnya isteri tentera pun patut ada pengetahuan tentang senjata. bukan pe, difikirkan balik, apa yg jadi kat tragedi Bukit Kepong ni membabitkan isteri dan anak2. kuarters kan dalam kawasan balai, kalau terjadi pepe, mesti semua terbabit, kan? kita doa jelah takde lagi kes macam BK ni, kesian kat anak kecik yg menatap mak ayah habis nyawa dalam keadaan memilukan..

shaza - duit boleh beli jiwa raga sekarang ni. melayu ke cina ke india ke sama je. tapi dalam kes kita ni ketua komunis waktu tu MELAYU, ekornya CINA. Tak de hati perut betul melayu tu. Kalau dia idup, mau akak penggal kepalanya.

Ila - Ku bab patriotik ni susah nak tido, kena abiskan dulu citer, berangan lepas perasaan (camna nak bunuh orang jahat! camlah aku ada senapang!) baru mata aku boleh lelap.. hahahahah..

nadnye said...

Salam..
Nonnie.. mmg betul sekarang nie pemimpin kita tak faham apa perjuangan depa.. semua RM semata jea..

nonnie78 said...

salam.

Nad, depa semua tu tak berhempas pulas galas senapang, hunus parang sbb tu depa tak kisah pn nak juai tanah melayu kat orang asing nun.. cuba depa yg beratuq saf pertama, mau sampai mampuih pun depa dok borak kata lagu tu, lagu ni.. silap2 macam2 lagu pop, lagu rock, balada suma keluaq!

tapi buat masa sekarang kita ni rakyat bawahan ni kena sedarkan satu sama lain. saling mengingati jgn sampai buta mata cam pemimpin lain tu.. kita pertahankan tanahair kita sbb depa tu duit banyak, sat lagi mesia ni tergadai depa pakat ramai2 lari gi kampung orang, kita kat sini yang tergolek terlentang tak dak sapa amik pedulik.

nonnie78 said...
This comment has been removed by the author.
slyders said...

aku pun berjurai ayaq mata bile tengok darah isteri yg mati seorang pegawai polis BK tu berjurai menitik ke mukanya... laknat punya komunis! Syabas Jins Samsudin. Ke tepi filem leftenan adnan, hati malaya dll... Bukit kepong adalah film sejarah/patriotik terbaik negara! Rasa aku nak hinjak2 dan cincang2 sapa2 yg sokong komunis tu!

nonnie78 said...

slyders, sapa tak nangis tengok cita tu mmg hati kering. bkn rasa nak cincang lagi dah, tak nak hempuk batu hat besaq kat kepala depa tu.. biaq berkecai. ieee.. geram...!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..