Salam. Bismillah.
Sibuk sangat sampai tak sempat aku nak menghupdate blog. Tag yang dah berjawab pun masih dok draft dalam posting sebab gambar belum sempat nak scan. Cuma 2 hari ni sempat jengah blog kengkawan, itupun tak semua. Mana yang bernasib baik terimalah komen dari aku, mana yang tak tu, tungggguuuuuuuuuuuuu....
Forum SI.com pun dah lama tak masuk. Kesian kat aku, kan? Teramat sibuk sampaikan tak sempat terkinja kat forum. Sebab utama adalah, pc aku ni rasanya makin slow, mengalahkan mesin taip zaman dahulukala. Nak bukak satu-satu window tu punyalah bercinta. Dahlah kalau dapat bukak pun, nak menghupdate ni pun tersangkut-sangkut. Ram kecik sangat. Mau je rasanya aku kuar duit sendiri je tambah ram ni tapi kang kot kantoi ngan management, tak pasal je aku kena buang keje.
Sebut pasal kerja, minggu lepas hari Khamis, ntah puting beliung mana melanda aku sekeluarga, kitrg bangun awal dari biasa, bersiap lebih cepat dari biasa dan keluar ke sekolah/kerja lebih segera dari biasa. Hasilnya, aku sampai ke office pukul 8.10. Cepatkan? Hah.. ini record lah ni sebab selalu aku sampai pukul 8.30 ke atas walaupun office hour aku start kul 8.30am.. hahaha.. betapa teruknya aku ini!!!!
Kesempatan ini aku gunakan untuk breakfast dengan B. Dah lama sangat rasanya tak breakfast berdua. Walaupun kitrg pegi balik keje sesama tapi tak selalu dapat berbual, bercerita, bertukar-tukar fikiran. Lepas dah makan-makan, aku pun nak naik kereta balik ke office (aduh.. betapa pemalasnya aku.. office aku tu dekat sangat ngan tempat makan masih nak naik kereta).. alih-alih dengar suara berdecit-decit. Cam sora tikus jeeeee..
Aku pun toleh belakang, nampak sepasang somi isteri ni dok lambai-lambai kat aku. Dahlah aku tak pakai cermin mata, mana nak nampak. Sekali..................
Kawan lama aku lah masa aku keje wat system kat sebuah company yang supply barangan untuk institut pengajian tinggi dan agak popular satu ketika dulu (a year ago) bila jadi kes mahkamah pasal kes penipuan. Aku ngan B pun langkah lah mendapatkan somi isteri ni. Dah kurus lak kawan aku si Bobob ni. Aku panggil dia abang Bob. Isteri dia Kak Mas. Dulu aku ngan Bobob ni memang kamcing. Kalau aku kena keje ari sabtu, dia lah tukang amik dan anta aku. Upahnya mesti ada breakfast untuk dia dan lunch yang selalunya provided by company. Company aku ni dulu meal untuk daily overtime je dah marvellous, RM6 untuk sekepala. Imaginelah tahun 2000 time tu RM6 dah cukup banyak tuk makan malam. Aku siap leh tapaukan part aku tu jadi 2 bahagian, satu tuk mak aku kat umah dan satu lagi tuk B yang masa tu tengah study kat UKM Bangi tapi ari2 datang KL. Untuk aku? Selalunya aku makan share ngan kawan2 aku yang tak kuat makan ni. Untuk Sabtu dan Ahad sapa datang dapat makan special :- APA-APA AJA FAST FOOD TANPA LIMIT RM. Slalu aku tibai pizza ngan Mc Donalds. Sesekali kitrg bantai makan Nando's atau Kari Kepala Ikan Stadium Negara.. pergh....
Ish.. melencong lak citer ni. Kitrg pun boraklah citer pe yang patut, pastu aku tanya dia still keje ngan Jeff ker? Bos lama aku ni Director ni namanya Jeffri, orang melayu kita tau. Dia memang tak lokek ngan staff. Ko minta je lah pe pun, semua dia agreed je. Kalau tak cukup duit company, dia keluarkan duit sendiri. Tapi make sure each time dia minta tolong ko datang kerja, ko kena datang. Dan aku salah seorang yang palinggggg rajinnnnn datang kerja especially hari sabtu dan ahad. Zaman tu tak de internet kat office aku tu tapi disebabkan makan semua ditanggung halal dan berehhhh, maka aku tak kisah datang kerja.
Sekali lagi aku melencong. Sebenarnya abang Bob ni bitau kat aku yang Jeff tengah cari orang nak kerja. Aku pun secepat kilat volunteer diri aku. Sebab aku memang tengah cari kerja lain memandangkan kat sini sekarang gaji pun dah liat, environment makin menyakitkan hati. Dan tadi aku call Jeff, personally. Dan dah email pun resume aku pada dia. Tunggu dan lihat je lah kalau2 dia nak panggil aku datang interview. Cuma aku agak ralat sikit sebab dia nak bagi post SALES. Ehm.. tengok jelah nanti.
5 comments:
salam nonnie..
wah.. nak tukar keja ya? sales pon o.k gak.. aktif gitu! kena gerak sana sini.. tapi maybe mu takde masa nak berblogging plak nanti :)
salam mimie..
tu yang ku risau tu. hahahah.. tak pe, kalau gj masyuk, ku beli broadband je kat umah. tp tu lah tak tau ada masa ke tak nak hupdate blog kat umah, kan??? ku kena siapkan diari lak nak kena catit kes-kes harian.. hahaha...
salam mimie.
ku pon teringin ambik broadband. tapi byk la kena kuar duit sebelum boleh berbroadband coz kena beli LCD monitor memandangkan monitor ku di rumah dah pencen.. buat masa ni biarlah PC ku itu rest kat stor.(dah lebih 6 bulan rest) harap2 ada rezeki boleh la beli LCD.. & harap2 dah lama tak on.. sihat lagi lah PC tu hehehe..
amboi.. sampai nak berbroadband di rumah.. pakej streamyx murah2 pun okay... heheh.. kakyong guna streamyx pakej RM60/monthly.. unlimited use.. buka 10 tab utl 1 window pun masih okay lagi..
salam
mimie - insya Allah ada rezeki tu nak beli LCD baru. Tapi nanti ko kena share ngan Shinta lah menaip kat pc tu. hahahah..
kak yong - streamyx tak leh bawak jenjalan. kalau broadband leh.. hahaha.. duit pun takde, harap berangan je lah ni... tak de maknalah cik nonnie oiiiii!
Post a Comment