Salam. Bismillah.
Hari ini merupakan hari terakhir Ummi di DSB. Ummi adalah Project Clerk cum Assistant aku di dalam Project Department ni. Dia bukan baru pada aku. Aku kenal dia sejak dia masih kecil, baru belajar untuk mengenal dunia. Masih bersekolah dan belum luas pengetahuan dan pengalaman hidup. Pengenalan antara aku dengan dia sebenarnya kebetulan. Kebetulan bila hubby berpindah dari Kg. Rendah, Rembau ke Balai Penghulu Pedas, lokasinya hampir dengan rumah rakyat yang diduduki oleh keluarga Ummi. Dan kebetulannya juga adik Ummi 'berkawan rapat' dengan adik iparku (tapi masa ni aku belum kawin). Kesempatan demi kesempatan merapatkan aku dengan Ummi dan Nora.
Rapatnya kami bagai kakak dan adik. Bermula dari majlis perkahwinan Abang Kembar, hingga Ummi ke IBM di Kampung Pandan. Tiap waktu senggang, pasti aku dan Hubby menjemputnya untuk makan-makan. Mungkin antara kami ada persamaan; aku tak de adik dan dia tak de kakak. Itu menjadikan kami agak rapat walaupun cerita2 masih berkisar pada kegiatan harian, tiada yang menjurus tentang perasaan.
Hingga satu ketika, bila mesra terus melekat pada hati, kami berkongsi kisah hidup. Tentang hubby, keluarga mertua, tentang buah hati, tentang perkahwinan.. mungkin ada certain2 matter yang menjadi rahsia diri tapi keseluruhannya aku akan tahu tentang Ummi. Akrabnya kami bila Ummi berpindah ke KL dan menetap bersama aku sekeluarga dan bekerja sepejabat dengan aku.
Bersama memberi erti kami bebas bercerita. Berkongsi susah senang, gelak ketawa, idea.
Tapi hari ini hari terakhir Ummi di sini. Dia memilih untuk berhenti dan menetap di Teluk Intan bersama bakal suaminya. Itu jalan dia. Biar ramai yang membantah, dia tetap dengan kata hati. Department bakal berbeza kerana dulunya aku, dia dan Shaik akan berbalah, bergurau senda dan saling mengena. Lagi satu jam setengah ke pukul 6 ptg. Shaik dah mula terasa, Ummi dah mula sedih.. aku? Ku pendam kan je lah.. Kalau aku pun dah start hujan, yang lain nanti pasti taufan sama.. huhuhuhu...
Ummi, jadikan perjalanan baru sebagai satu cabaran. Tidak semua laluan lurus dan mudah, adakalanya berliku dan adakalanya selekohnya terlalu panjang. Tabahkan hati menghadapi liku2 kehidupan, tetapkan kesabaran untuk dunia baru di mana syurga kita beralih. Doa akak sentiasa bersama Ummi, moga rahmat Allah juga sentiasa mengiringi Ummi dan Sham.
2 comments:
slm kak nonnie...
it's hard to say by words...tp itulah realiti hdp...hope akak byk sbr... x semua manusia jujur di dunia....dn bl kt jumpe yg baik pula selalu x berpanjangan...pasti ade halangan....smg jadi isteri..ibu..dan pekerja yg proaktif slalu....:)
salam leez...
hard to get someone that can share laugh and tear. tp resam dunia, bila dah bertemu mesti berpisah, kan? thanks utk doa leez.. moga leez juga menjd seorg isteri dan ibu yang penyayang selalu.
Post a Comment