2 hari aku MC, dari hari rabu setengah hari dan semalam. semuanya gara-gara gigi. nak kata tak gosok gigi, kerap sangat aku beli ubat gigi (yang pasti bukan colgate) dan berus gigi pun tak sampai 6 bulan dah berganti baru. tapi kenapa aku sakit gigi?
1st, masa sekolah menengah dulu aku slalu pegi klinik gigi kerajaan time2 sekolah (ala.. yang naik van kesihatan tu..) pegi cuci gigi. aku dok prasan doktor zaman tu kalau korang ada lubang sikit pun kat gigi sure dorang korek dan tampal. inilah akibatnya. bila dah tua camni, tampalan dah cabut, gigi pun mulalah menagih tampalan baru. bila tak tampal, gigi jadi rapuh (reason dalam kenyataan ke2), salah gigit benda keras, abis suma luruh. tinggal tunggul. tunggul ni lah yang menyakitkan aku sekarang ni!
2nd, tiap kali mengandung aku sure sakit gigi. pregnant yang sulung je aku tak kena sakit gigi sebab makan 2 biji kalsium sehari dan sebiji natal care (keluaran appeton). pregnant yang lain aku siap cabut gigi, tampal gigi.. cuci gigi lagi.. aduhai sakitnya Tuhan je yang tahu.... the best part pregnant yaya ngan baby kot aku leh gi cabut gigi (masa tu tak tau pregnant).. luckily tak jadi pepe.. huhu..
3rd, breastfeeding kan Manja ni aku kurang amik kalsium. minum susu pun kekadang terlupa. time keje pun galak minum milo campur nestum je. breastfeed kan perlukan kalsium yang banyak sbb kena transfer pada baby? lagi plak aku fully bf si Manja, hari2 aku pump dekat 4-6 kali untuk buat stok EBM.
tak kira! reason2 tu mana yang terfikir kat kepala aku je. masalahnya skangni gigi aku masih sakit, nak-nak kat geraham bawah yang sudah mulai berlubang. banyak makan gula ke aku ni? aduh.. harus sabtu ni aku ke dentist lagi. tapi kali ni untuk tutup lubang tu dari melarat2.. naik sengal gusi dan gigi yang sekeliling tu. ngan telinga2 kanan aku pun sakit. denyut tak hingat punya. ni pun layan entri ni sbb tak nak fikir sgt tentangsakit gigi. ponstan paling kuat dah berkali aku telan, pun tak leh jalan. rasa2 doktor willing tak nak cabut je gigi ni masa tengah sakit camni? aku dah tak bleh tahannnnnnnnnnnnnnnn.
nota kaki : serta-merta teringat kat arwah Opah yang pakai gigi palsu sbb giginya semua luruh kerana sakit gigi yang teramat sangat. aku mewarisi penyakit dia ke??
No comments:
Post a Comment