Friday, December 19, 2008

Exclusive Breastfeeding

Assalamualaikum. Bismillah.

Masih bersiaran dari rumah. Sedikit update untuk Adik Manja. Setakat ni Adik Manja masih breastfeding (bukan exclusive sbb day 1 kat HUKM depa bagi dia FM tp guna shringe sbb aku masih kat OT). Tapi alhamdulillah, day 2 onwards
Adik Manja aku bagi direct BF sbb aku memang plan nak BF kan dia macam aku BF kan Adik Baby. (prasan tak nama anak aku dah kena ubah? hehhe.. baby dah ada adik but still nak orang call Baby, so just add Adik kat depan nick dorang ni. Si Yaya pun skang we call her Adik Yaya sebab Kakak memang panggil dia Adik).

4 kelahiran ni memberikan aku 1001 pengalaman. Masa Syamimi dulu aku memang sedih sangat sebab aku lahirkan dia cara C-Sect, dan disebabkan dia ditempatkan dalam NICU selama 8 hari dengan keadaan kepala yang bengkak (satu kesukaran untuk aku pegang), menjadikan dia seorang penyedut botol susu tegar TETAPI masih menggunakan BM sbb aku gigih pam susu since dalam hospital sampailah balik ke rumah. Biarpun tak lama dia minum BM, aku tetap happy sbb aku tau, susu awal (kolustrum - iya ke ejaan ni?) dah masuk dalam badan Syamimi.

Tapi bila aku lahirkan Syamira, biarpun normal, keluar je dia dari saluran terus dicekup dek nurse2 LR yang tidak bertanggungjawab dan terus disumbat puting botol susu. Padahal aku dan hubby dah pesan untuk tidak memberi botol susu pada anak aku. Sampailah ke sudah Syamira tidak langsung BF. Yang paling aku kesalkan, dia langsung tak mau minum BM aku!!!!!! Menangis gak aku masa tu. .

Jadinya masa pregnant si Syamiza, aku nekad untuk BF kan dia. Kali ni aku siap sound kat hubby start dari pregnant 6 bulan sampai nak masuk ke LR, aku sanggup bergaduh ngan nurse kat LR tu kalau dia angkat anak aku dan bagi FM guna botol. Dan hubby yang memang courage aku untuk BF pun masuk je ke LR tu trus dia ke kaunter doktor dan sound tepat kat suma yang ada kat situ untuk TIDAK angkat anak kitrg dan sumbat ngan botol susu! Hasilnya, setengah jam selepas aku bersalin, si Adik Baby terus melekap kat breast dan tidur lena sampailah aku ditolak ke ward. Kuasa Allah, susu aku banyak sangat masa bersalin Adik Baby. Padahal baru day 1. Sampaikan nurse pun terkejut bila aku tak minta langsung susu (HUKM menyediakan susu untuk kegunaan para ibu - so, boleh minta anytime - masuk dalam bayaran ward tau!). Bila aku bitau aku BF kan baby, lagilah terkejut dorang.

Jadinya untuk kelahiran
Adik Manja ni, aku masih set mind yang aku akan BF kan Adik Manja cumanya kali ni aku nak bagi dia BM even aku bekerja. Caranya, aku akan perah susu dan sejukbekukan dalam freezer office dan bawa balik untuk diserahkan pada SIL aku yang akan menjaga Adik Manja. Itu harapan aku. Doakan aku berjaya.

Dan disebabkan too excited dengan planning ni, malam tadi aku bershopping breast pump ngan puting botol sbb
Adik Manja tak nak langsung pada botol susu. Padahal kan aku masih dalam pantang? Hahahah.. mak aku pun tak terkata dah ngan perangai gila2 aku ni. Ikut sukalah, dah besar, dah beranak 4 pun.. tp mak aku gak yang courage aku gi carik breast pump ngan puting botol tu cecepat sebab dia dah muak tengok Adik Manja bergantung kat aku je. Susah nak curik anak aku bawa ke rumah sebelah!

Info tentang BF ni semua aku dah baca since pregnant lagi, even sekarang ni pun aku masih melayari semua laman web yang related to BF, termasuklah blog perseorangan, forum2 para ibu dan salah satunya adalah SI yang banyak bagi info pada aku tentang BF dan produk yang berkaitan dengan BF. Dikesempatan ini, aku nak berterima kasih pada semua ahli SI yang banyak berkongsi idea, pengalaman dan info tentang BF walaupun mereka tak mengenali diri aku (aku ahli gak tp tak aktif dan kalau nak disenaraikan terlalu banyak nama - penat oiiii!!!)

Sekian untuk entri kali ini. Insya Allah, entri seterusnya akan aku hidangkan beberapa info tentang BF. Sekali lagi, doakan aku berjaya dalam misi kali ini. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.... hahahaha!!!!

Nota Kaki : Ada banyak perbezaan antara anak yang menyusu dengan FM dan anak yang menyusu dengan BM. Adik Baby adalah anak yang paling sihat setakat ini kalau nak dibandingkan dengan Adik Yaya yang selalu terkena demam. Tapi faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan anak2. Hahaha.. hari ni aku jadi skema la pulakkkk...

2 comments:

uatifah said...

kak,,der cuber puting doctor baby yang kuning baizura,,,cuber lah,,,,

nOnnie_sayang said...

apa? amik puting ning baizura?? ish.. ko ni kan ummi... kang dia nak pakai apa lak?

hahahah... dh jumpa yang jenis otho.. pe nama ntah puting tu tp kempis tang depannya.. brand anakku anakmu jua.. tp mamanya tak trykan lagik sbb sayang takut anaknya tak nak puting t*t*k lak nanti... pump susu bagai nak rak, tapi dok storage dalam freezer je.. pe kebenda lah akak ni kan?

LU PIKIRLAH SENDIRI....

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..