Friday, September 12, 2008

Perlu Bantuan Kewangan.

Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur. Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri).

Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya yang berharga lebih kurang RM 3,000.00

2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.

3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa. Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-

Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521

Sekiranya sumbangan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya: Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030

Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan.Saya doakan. Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.

Sekian. Terima kasih. Adiranna Alysya.

Gambar tidak dapat disertakan di atas beberapa masalah teknikal. Insya Allah akan diupload bila kesempatan. Pada sesiapa yang inginkan gambar adik Adiranna, boleh tinggalkan email address dan akan direply secepat mungkin.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..