Monday, September 15, 2008

Kecil Hati - Tension - Bengang!!

Semalam nye kes masih terasa sampai ke hari ni. ikutkan nak buat makan sahur pagi ni pun tak mau dah. sakit hati punya pasal, menjadikan aku sakit kepala dan sakit seluruh anggota badan untuk bangun mengadap dapur. tapi disebabkan itu TANGGUNGJAWAB supaya semua orang dalam rumah dapat berpuasa tanpa sebarang alasan kelaparan, sakit senggugut, dan pelbagai jenis sakit.
akibat dari sakit hati yang berpanjangan ni, kepala aku masih sakit. tambah lak pagi tadi lepas jamah nasi goreng bawang putih faberet aku tu, perut aku lak memulas2. tak taulah kalau2 perut aku pun sama terasa ati dengan kejadian semalam. pepehal pun, malam ni untuk berbuka aku cuma nak masak nasi. the rest terserah pada bazar ramadhan. aku dah fed up!!!!

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..