Monday, September 8, 2008

Happy Anniversary!!! Happy Birthday!!!

Semalam genap 6 tahun usia perkahwinan aku dan B. Dan semalam juga genap 3 tahun usia Syadni Syamira; puteri ke2 kami. Celebration? Disebabkan semalam itu berada dalam bulan puasa, makanya sambutan ulangtahun kami-kami ini berlangsung dalam suasana sederhana dan diraikan pukul 8.45mlm.
Untuk anniversary aku dan B, we wished each other masa sahur. Celebration? Ikut cara kami lah..! Hahahah.... Jadinya malam tadi, sambutan lebih kepada ulangtahun Syamira. Biarlah budak2 je yang tiup lilin. Kebetulan semalam adik ipar dan isteri berbuka puasa di rumah aku. Pak Ngah dan Mak Ngah pun melayanlah kerenah budak2 ni. Mak abah aku, Nona, Along aku dan Qimie pun ada jugak. Petang tu kami ke Giant untuk beli barang2, beli lah sekali belon untuk saja suka-suka.
Anyway, Happy Birthday to My Lovely Daughter Syadni Syamira. Semoga kedatangan hari ini menjadikan Kak Yaya lebih ceria, sihat, pintar, membesar dengan lindungan Allah dan rahmatNya. Amin..
Untuk hubby pulak.. trima kasih di atas segala perkongsian selama 14 tahun (8 loving yrs + 6 in marriage). Semoga cinta kita terus mekar, bercambah dan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga Allah melimpahi kita dengan cahaya keimanan, kasih sayang yang berpanjangan dan jodoh yang berkekalan. Insya Allah. Amin.

4 comments:

CikPuanBesar said...

semoga berbahagia selalu ye darling....AMIN

nOnnie_sayang said...

tima kasih mamamia.. hepi bedday juga tuk hubby mu itu...

p/s : napa aku tak leh tinggal komen kat blog korang yee.. ieeee!!

ADleez said...

appy anniversaries...wah222..dah msk 6 thn erkk..cpt kn mase berlalu...sy pun dh masuk ke-5 thn niee... sy doakn semoga perkahwinan akak kekal ke akhir hayat...n x lupe appy besday utk anak akak tu...hehhe...

nOnnie_sayang said...

leez.. makacih ye atas doa dan wish tu..Amin..

tu la pasal.. sekejap je masa berlalu kan? anak akak yg sulung tu nak skolah dah tahun dpn. hehehe.. makin tinggi umur perkahwinan makin byk dugaan. kena byk bersabar.. sok anak2 suma dh skolah lg byk cabaran..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..