Monday, September 15, 2008

Pembawakan?

Lately aku macam tak bleh makan seafood, and anything yang bersangkutan ngan gatal2 ni. Ntahlah memula dulu dalam bulan 8 camtu kaki aku macam kena gatal2. yg herannya tang atas kaki je, sebelah kanan. biasalah, tangan aku ni mana reti duk diam, asik nak menggaru je lah. dah worse baru nak beringat. aku suspect aku tak bleh makan ayam, sebab semuanya bermula bila satu hari tu aku dok nyental ayam goreng kat kedai ijau tmpt aku slalu lunch tu. aku pun stop ayam tp still continued makan udang, sotong, ketam tanpa menyedari segala jenis hidupan laut tu menambahkan lagi kesengsaraan dan kegatalan aku.
bila aku gi check up, doc kata aku kena edema (masalah kebengkakan kaki). aku minta ubat sapu dan ubat makan je sbb tak bleh nak amik any injection dalam keadaan darurat ni. Alhamdulillah, berkat sapuan bertalu-talu sehari semalam untuk jangka masa 3 hari, luka akibat gatal tu beransur sembuh. yang tinggal cuma parut je. tapi pun parut tu dah berganti kulit baru. heheh kembali berserilah kaki aku.. wargh.. klaka...
dah abis kes gatal kat kaki, timbul lak gatal kat muka. al kisahnya aku memang ada sinus. tapi bukanlah yang teruk sangat tu. bersin tu biasalah, tapi tak lah macam sesetengah orang yang sesekejap kena tonyoh idung, gosok mata. 8/9/08 hubby aku balik lambat. berbuka di hotel dengan bosnya dan director dari perlis. so, aku pun buka lah kat umah mak aku sebab petang tu aku balik numpang shaik budak coordinator aku ni dan kebetulan hujan lebat. that's one of the reason aku tak pat nak gi membeli belah di bazar ramadhan btr tu.
petang tu plak mak aku dibantainya masak semua jenis lauk yang basis dia ada BELACAN. aku pun sebelum2 ni memang tak de masalah ngan belacan (cuma aku yang membataskan masakan aku tak guna belacan takut sinus bertambah teruk), makanya aku pun menghentamlah kangkung goreng belacan, ikan jaket cicah air asam dan sambal belacan. malam tu cam biasalah, tak de masalah.
ESOKNYA.. jeng .. jeng .. jeng .. tengah sedap ngunyah biskut creakers kat opis (aku kan dilarang posa) tetiba aku rasa pipi aku hangat semacam je. pastu dari pada hangat tu tukar jadik gatal lak. aku slambee lah garu skit2, lama-lama jadi sedap. alih2 rasa pedih semacam je. ummi pun pandang aku dah semacam. "kak, napa muka akak bengkak2? merah2 lak tu," aku dah panik. patutlah perit semacam je muka aku. aku pun blah gi ladies dan tengok, Ya Allah dah cam kena tumbuk dah aku. bengkak sekeliling idung dan pipi dan dahi.
aku rasa cam nak nangis dah time tu. ngan merahnya, ngan bengkak nya... aduhai.. gatal toksah citerlah, asik nak menggaru je. last-last aku lumur muka ngan minyak berangin. nak ilangkan gatal nyer pasal lah tu dan telan ubat gatal yang masih bersisa. masalah lain lak timbul. mengantuk la pulak!!! dah terang-terang tulis mengantuk kat depan tu, lagi aku nak pertikaikan pulak. petang tu ada meeting lak, tak tertahan mata aku. mana nak layan ngantuk, mana nak layan amik minutes mesyuarat.
malam tu aku dah tak tahan sangat, aku ajak B gi klinik Kassim. haha.., dah tiap minggu lak aku pegi. last week check up pun ari selasa, kali ni pun amik ubat gatal muka ni ari selasa. next week another check up untuk injection hari selasa.. aduss..... nasiblah. doc kata aku allergic, tak tau sebab apa but it come from inside. dia kata my plasenta allergic to something but can't trace what kind of food or other. hah! is that mean baby also will face the same problem after deliver? so-so, depends on his/her antibody.
well, sampai ke hari ni aku still face the same situation. cumanya skang aku bertambah pintar untuk mengelakkan rasa gatal dan pedih muka. aku tak pakai dah bedak sapu yang doc bagi (sbenanya special untuk cacar air tp ok utk ruam kat muka dan badan) sebab kulit aku jadik menggelupas, lglah tambah perit! so, aku pakai baby lotion brand Anakku. Alhamdulillah, lembut dan kurang pedih. pun tak menggelupas kulit muka. tapi itulah, bila aku ngadu kat mak ngan MIL aku, both pun cakap ini pembawakan budak, pas bersalin nanti, everything ok. masalah nya nak nunggu bersalin tu.. aduhai.... seksanya.. tapi ikutkan kes aku ni tak lah teruk sangat nak compare ngan orang lain yang aku baca dalam forum tu. siap cam kudis-kudis tu, bernanah, berair.. ish.. sian kan..
punyalah seksanya mengandung. macam2 ujian Allah turunkan. sebab tu kita mesti utamakan ibu lebih dari segalanya. tapi ... orang pompuan kan syurga bawah telapak kaki suami? ehm.. mana lelaki yang minta lebih isteri melebihkan dirinya dari ibu isterinya itu (macam laki kawan baik aku tu!!!! laki aku pun anak sulung gak tapi tak macam tu pun!!) sure tak hormat kat orang tua kan??? anyway, aku redha dengan ujian Allah kali ni. mungkin ada hikmahnya. terkawal skit glukos dalam darah aku.. tak pun tak de lah berat badan aku naik mendadak. takat ni baru naik 12 kilo je. tu pun dalam bulan posa ni turun balik sekilo.
budak opis ni kata anak jantan kot, sebab len macam je kali ni aku pregnant. tapi .. tak kisahlah. laki ke pompuan ke sama je. anak3 aku tu pun dah lagak cam lelaki dah.. lasaknya ya amat........ esok ada check up and ultra sound, tunggu je lah resultnya... pepe hal pun 'aku tak kisah.....' adios!

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..