Monday, August 4, 2008

Kunang-Kunang Restaurant


note : gambar di ambil dari ruangan mymesra.net. trimas pada yang berkongsi info.. aku lupa bawak camera yang ber bateri.. (erti kata lain - battery empty!! hampeh!!)
tapi, resit itu aku yang punya.. hahaha.. bukan Ahmad Albab tau!!!
Beberapa minggu lepas aku ada terbaca dalam internet tentang Kunang-Kunang Restaurant (KKR) yang lokasinya di MRR2 (bersebelahan dengan Shell on the way ke Gombak). Nak dijadikan cerita dalam komen-komen pengunjung ke sana menarik minat aku untuk pegi merasa. Dan dalam keadaan sekarang ni, air liur aku ni asik lah nak menitik bila memikirkan tentang Penang Char Kuey Teow. teringat masa mengandung Syamimi di Penang dulu. Aku boleh belasah Char Kuey Teow Mat Jambul sampai 2 pinggan sekali hadap. hehehe.. B kata aku cam orang tak penah makan.. padahal boleh dikatakan Mat Jambul tu tiap malam bukak kedai.

Berbalik pada KKR. Hari sabtu lepas B balik awal. Petang pukul 6.30 dia dah sampai dari Parit, Perak. Malam tu dia ajak makan kat luar sebab aku mogok tak nak masak (actually tak de benda kat umah; even beras pun abis!) So, we round the world carik tempat makan dan tak pasal-pasal terpacul KKR kat mulut B. Dia nak treat aku lah dengan CKT yang aku katakan 'sedap' sangat tu!! hahahah... sindiran awal dari B.

Puaslah aku memerhati kiri-kanan highway dalam keadaan gulap gulita tu mencari KKR. Bila dah terlepas tu baru lah terperasan.. betul2 after Shell on the way ke Gombak / Sentul. Kenalah B berpatah balik untuk pegi. Dalam hati dah tak sabar nak makan CKT ni. Punyalah lama memendam hajat.. anak2 dah bising nak makan McD sbb sepanjang jalan tu punyalah banyak McD.

well, tak lah sedap mana pun.. according to Along yang penah dan biasa makan kat sana, dulu masa mula2 bukak memang restaurant ni tip top. masakannya suma best especially mee. tapi malam yang aku pegi ni memanglah orangnya ramai mungkin dgr cerita mulut ke mulut. yang frustnya tu meal untuk kids tak de. harapkan resolas (yang ala-ala samosa tu) tu aje. B order Corden Bleu Chicken (yang pada pendapatnya dapatlah disuap ke mulut anak3 yang manalah tahu kot-kot lapar) tapi namanya memang grand, rasanya letih skit. Honestly (bukan berniat untuk menjatuhkan nama KKR tapi sekadar memberi komen membina), masakan kat sini kureng menepati selera aku dan hubby. Western foodnya masih tak bleh kalahkan Stable Steak House.

the best part is Live Band nya yang memang ada setiap malam ahad. hah.. yang ni si cilik ku Syamiza amatlah gemar. tergoyang-goyang kepalanya mengikut nyanyian orang tu. aduhai sayang... gelak besar aku dan hubby.

so, pada sesapa yang berhajat untuk berkunjung ke tempat yang dah aku pegi ni blehlah lawat ke http://www.kunangkunang.com.my/ tapi kalau tak menepati selera anda, njaluk ngapuro ye.. tak salah kan mencuba.


2 comments:

[yAN!e][pUTraJAya] said...

uish...sedap nyer makanan tu...

(^_^)

nOnnie_sayang said...

indah khabar dari ghupa. anyway, trylah sendiri yanie.. kot selera kita berbeza.. watcha!!!!!

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..