Monday, August 4, 2008

Eye on Malaysia



Semalam hari yang sepatutnya balik ke Seremban (umah MIL ku itu) tapi disebabkan Aqmal ada UPSR Motivation kat URES dan MIL ada wedding invitation di Gombak (Taman Kamariah - 1 of her staff getting married), so, aku dan B membatalkan untuk balik ke Seremban sebaliknya mengikut MIL ke Gombak. Selepas makan2 (aduhai, sedap tak terkata masakannya.. tengahari pun ada dihidangkan serawa durian dan roti jala, kuih-muih, nasi beriani, lauk kambing dan perlbagai), B tanya MIL nak gi mana lagi. Memang each time kitorg jumpa kat KL slalu aku ngan hubby anak beranak layan MIL dan FIL meronda KL. Bak kata Aqmal adik iparku yang cilik, tak shopping2 ke CarreFour ker, makan2 kat mana2 ker... memang itulah fiil aku laki binik..

Hubby ajak gi Titiwangsa sebab kitorg pun dah janji nak bawa Mimi naik kuda (as usual - cumanya skang ni dah kurang sangat due to B keje out from KL area dan cuma balik once a week). Ntah camna ntah tetiba pas MIL cakap naik Eye On Malaysia. Tapi perkhabaran ini tidak sampai ke telinga aku, sengaja B simpan sampailah kami tiba di Titiwangsa. Mimi dan Mira naik kereta neneknya yang besar itu sementara cilik Miza dengan aku dan hubby. "Eh, kata nak gi naik kuda, ni napa benti kat sini?" aku tanya pelik.. B gelak je.. "Ibu mertua mu ajak naik roda pusing," aku melopong jap... adoi.. camna nak elak ni.... ngan perut besar lagi.. tapi tak logik sebab kat T&C dia tak tulis pun "Pregnant Women are not allowed"..

Turun je keta, aku ngan MIL sibuk baca rega nak naik menatang besar tu (padahal aku memang dah tau harganya). okielah.. disebabkan my parents in law dah consider Senior Citizen makanya rate dari RM16 turun ke RM8 dan kami amik family package untuk 2 adults (B and me), 3 kids (my BIL, Mimi and Mira) RM12 for adult (NP : RM15) dan RM6.40 for kids (NP : 8 if i'm not mistaken) siap ada diskaun lagik pastu.. si cilik free of charge.

Sekali lagi gambar yang dapat diabadikan hanyalah sekeping iaitu sebelum naik ke gondola besar yang boleh memuatkan 8 orang termasuk kanak-kanak due to no stock of battery.. hubby aku ni cam orang tua lah.. rajin sangat lupa battery camera tu abis. tapi gambar tak dapat di attach kat sini sebab camera hubby bawa ke site dan aku terpaksalah amik je gambar EOM kat dalam internet; ikhsan dari orang ramai yang dah melawat... trimas...
Masa naik tu gondola gerak teramatlah slow sebab mengambil penumpang2 selepas kitorg (warghhhh) so, blehlah layan alam sekitar jap. MIL dan Aqmal punyalah cuak (ala.. aku pun sama .. heheh .. cuma kurang skitlah..) sampaikan anak aku si Mira dan Miza tak dibaginya pegang pintu, cermin.. jalan2 dalam gondola tu. dah masuk 2nd round tu barulah ok skit tapi tak lah laju sangat. masa tu barulah everyone dalam gondola tu rasa comfort dan pusing2 tgk sana-sini.. kah kah kah.. klaka tul lah.. padahal MIL tu bukan tak biasa naik masa dia ke Blue Mountain dulu, ke Bali.. serata dunia dia naik kabel car lah.. all type of gondola. tapi sampai tang ni dia kecut perut..

Lepas melayan kehendak orang2 dewasa ini, sampailah time nak menghiburkan hati kanak-kanak pulak. Kalau dulu RM1 tiket untuk ride ponny dapat 2 round, semalam pegi 1 round je. Punyalah merajuk si Mimi sebab ayahnya beli tiket untuk dia dan Pak Usu sorang sekeping je. Trus lepas turn dia, dia duduk kat sebelah aku dan request " Ma, saya nak beli kuda satu". terkejut beruk aku ngan MIL mendengarnya.. dan-dan tu kitrg gelak. Lagilah dia naik hangin. Then si ayah janji akan beli lagi tiket untuk ride ponny after kitorg round naik keta kuda plak reramai. (sib baik B tak janji beli kuda, kalau tak nak tambat kat mana BTR tu yeee?)

Now, this is the real time... lama giler aku tak naik keta kuda. rasa cam dah dekat 4 bulan kot! MIL lagilah pulak.. bertahun tak datang Titiwangsa.. untuk kesekian kalinya MIL naik keta kuda pakai baju kurung!!! hubby cakap bawak mak datang dari kampung.. ronda KL.. hampeh nye anak. Aku memang dah dari awal2 pakai baju maternity ngan long pants, so ranggi lah ....
pas naik keta kuda tu, mimi again gi ride ponny.. kali ni 3 pusingan terus-terusan bawa sendiri tetapi diawasi oleh penjaga kuda tu.. wah. anak aku tu dah besar dah... berlagak sungguh dia atas kuda putih tu. ada lepas ni minat sukan equestrian.. mana lah aku nak carik duit beli kuda ni????
dah puas hati semua orang kitrg pun minum petang di gerai2 keliling tasik tu. Menu petang ini :- keropok lekor, keledek goreng, ABC, Mineral water botol besar, 100 Plus, rojak buah dan teh o ais 2. lepas kenyang, semua orang balik ke rumah memasing.. anak3 aku dah hampir hanyut kecuali baby..

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..