Thursday, May 8, 2008

Cuti panjang

Hari 1

Minggu lepas aku betul2 menghabiskan masa dengan anak3 aku. Cuaca yang terik membuatkan aku tak keluar rumah. Khamis cuti hari buruh pekerja, separuh hari aku di rumah melayan bebudak ni main. Dalam panas terik tu, nasib baik bilik aku dipasang aircond, so tak lah panas sangat tengahari buta tu. Hubby pun since pagi layan put3 kesayangan nya itu mandi manda di halaman umah..

Then kitorg kuar, kononnya nak makan di Cozy House di Ampang Park sebab dah lama benar tak makan kat sana tu. Tapi tutup plak. Kedainya makin besar dan makin menarik dalamannya (aku intai kut tingkap kaca hitam nya itu). Dah hampir menyamai Cozy Corner plak rasanya. Akhirnya kitorg pun pegilah ke Plaza Yow Chuan yang hidup segan mati tak mahu tu mencari makanan. Kosong, zero, dan macam medan perang plak aku tengok keadaan PYC tu kalau nak dibandingkan dengan zaman aku bercinta 13 tahun dulu.

Makan di Food Court bawah PYC tu (hubby order Hokkien mee untuk anak3 dan dia sendiri makan Claypot Chicken Rice with Salted Fish - aku sekadar tumpang mana yang ada) dan lepas tu meronda Toy's R us sebelah tu. Cuci2 mata je sebab malas nak membelikan lagi mainan untuk bebudak ni. Kang kot beli by the time nak sampai umah tinggal separuh je sifatnya. Syamimi minta belikan doll baby (memang aku pun berkenan sebab siap bleh nyanyi, nangis, gelak, panggil mummy) tapi harganya membuatkan aku tepuk dahi berkali-kali. RM79.90 - RM 129.90.

Rasa cam lebih baiklah aku bawak anak3 aku gi holiday memana ker.. dpt gak cuci2 mata dari belikan patung tak berpekdah tu. kot balik nanti dah tak bersuara lak.. anak3 aku tu kan ke ultraman dyna!!!! mau di sembelihnya tengkuk babydoll tu kang..

petangnya sambung balik berehat di rumah dan malam kitrg gi makan kat Tesco reramai (ngan adik beradik aku dan mak abah aku) abah aku open table.. ala.. makan kat foodcourt Tesco tu. Aku makan roti telur je kat kedai mamak tu. Adik beradik aku yang lain tu time ni lah nak pekena abah aku. Ditibainya order western food malam tu.. hehehe.. rabak gak lah abah malam tu. hubby aku seperti biasalah makan claypot chicken rice dia yang menjadi feberet sesangat tu.. anak3 aku ngan anak buah aku yang lembik a.k.a cengeng tu dok membantai fries je. sayuran suma dibaham oleh orang yang kuat makan dalam keluarga aku :- NONA. kah kah kah.... dah lah makan lamb chop, tibai lagi nasi claypot, tibai lak sayur.. ish ish ish... minum tembikai laici.. apa nak jadiklah ko ni nona oiii....

pas makan2, inilah time nak berehat sebentar bersama kit-kat (tapi lupa nak beli kit-kat malam tu!) anak4 sekalian diarahkan masuk kandang permainan, atuk bayar..... makanya mak2 dan ayah2 ini kerjanya duduk sama di dalam kandang sambil mengawasi anak4 ini bermain bersama pak uda sa'dun. hehehe.. aku melepak je lah sambil layan si baby main slide.. pandai anak aku ni naik slide, even dia lum cukup setahun. dah tu orang sibuk memanjat, dia pun nak sama padahal kakinya tak cukup panjang nak menjangkau!

setelah mak2 dan ayah2 kepenatan (anak4 mana tau penat! kalu bleh nak tido kat situ) maka episod hari buruh pekerja bagi mak dan ayah2 yang bekerja pun tamat......

Hari 2

Jumaat 2/5/08 tu aku bangun teramatlah awalnya; kul 4.45am sebab hubby ari tu kena gi Teluk Intan untuk assist manager kat sana yang semua budaknya bercuti balik ke kelantan. so, pepagi tu aku pun lepas hubby pegi, solat Isya' (teruk tul lah aku.. dah nak masuk subuh baru nak buat isya'!!!) sambil tunggu subuh masuk, aku bacalah yasin. Tu dah memang amalan aku pagi jumaat dan kalau hubby travel jauh. Sedang sedap baca, handphone aku berbunyi. Aik, pagi sangat ni dpt call... hati aku dah dup dap dup dap.. no hp abah appeared. Alih2 sora mak aku lak kuar.

" Mak uda dah meninggal...
" Mak uda yang mana??? aku ni ada 2 mak uda yang agak rapat. sorang adik mak aku dan sorang lagi sepupu mak aku.
"mak uda jenab (nama betulnya zainap)..
@ inalillah...

sepanjang ari aku melayan kerenah anak3 aku yang amatlah lasaknya.. mencabar minda aku sampai kekadang aku menangis sebab dah tak tahan sangat.. nak marah slalu tak bleh, tak marah hati aku lak yang membengkak....

Hari 3

Sabtu :- hari ni genap setahun pemergian Arwah kak Sue (Susanna jafri) kawan relexjap nona yang dulunya selalu bertandang ke rumah.

Aku macam biasa menghabiskan masa dengan anak3 aku yang aku paksa tidur sampai kul 8.00 sebab malas nak melayan dorg pepagi ni dengan keadaan mengantuk ya amat. Dalam kul .00 aku call hubby sambil menangis sebab tak larat nak jaga bebudak ni yang menaikkan darah aku. Hubby on the way ke banting dari Teluk Intan. Tak lama tu aku bawak semua pegi pasar pagi untuk beli breakfast (untuk aku je sbb anak3 aku ni lebih suka breakfast jajan yang jual kat pasar tu). Dalam kul 1.30 hubby call, mentioned dia on the way ke USJ Subang untuk anta test concrete dia.

Dia suh standby nanti nak bawak anak3 keluar. Aku gi lunch kat umah aku sbb aku mmg tak masak kalu hubby tak de. Untuk sorang makan, aku nyodok je kat umah aku aku. Tengah sedap makan dalam keadaan umah berselerak (mak aku pasang tile, ngan bisingnya, habuknya.. ieeee..) hubby pun sampai dan peluang untuk aku nyodok lelama kat umah aku aku sambil menikmati sup ketam yang tawar mak aku (mak aku ni kekadang masinnya mak datuk.. smpi tang tawar, aku kena standby garam tepi pinggan).

Pas abis makrak (makan sambil borak) aku balik uma melepak ngan hubby dan anak3. Petangnya tu tido sbb luar teramatlah panasnya. Malam tu kitrg makan kat bdr sri permaisuri kat kedai china muslim. Aku cam biasalah wantan mee kicap. Hubby nasi goreng USA dan anak3 sup fishball. Supnya Ya Allah.. penuh ngan sayuran dan okie lah..

pastu balik umah konon nak melayan AF, tapi dah abis plak.... hampeh tul.. trus aku layan citer Jangan Pandang Belakang tapi dan2 hubby tukar sebab dia memang kureng ngan citer hantu ni. Bukan takut, tapi dia tak suka benda yang cam tahyul je.

Hari 4

Bangun pepagi, aku punyalah malas nak wat breakfast. Aku kerah hubby bangun dan make continental breakfast (tiap hari ahad aku memang amalkan continental breakfast). Layan anak3 makan dan pastu mandikan dorg. aku ngemas apa yang patut sambil sidai baju sementara tunggu kul 12.30 nak gi umah orang kawen kat Desa Tasik.

Tengahari tu ya Allah teriknya.. camnalah pengantin nak bersanding ni.... tapi nasiblah kenduri ni kat apartment, so dorg wat pelamin bawah kemah kat jalan, ada angin sepoi-sepoi skit, taklah panas kot. Lauknya daging rendang (sedap giler) , ayam masak merah, jelatah, papedum, tempoyak daun racik (feberet aku ni!!!), acar buah, kurma daging.. ish.. makan tengah panas..minum air sirap.. rasa cam tak nak balik je!!!!

Pas kenduri tu aku balik umah berehat. Iyalah, perut pun dah penuh kan? Malam tu aku tak ingat aku makan kat mana dan apa yang berlaku sbb cam ingatan aku ilang je kat situ sbb esok kena gi keje!!!!!!

Menarikkan aktiviti cuti panjang aku??? Urh!!! Penatnya.........




3 comments:

anak ahmad no3 said...

salam kak...kedai china muslim kat bandar seri permaisuri tu kat mana eik??? sebab abg farah dok kat cengal..bandar seri permaisuri, klu lepak umah dia leh laa pergi..hehe
windu kat akak..senyap jek dia..

Anonymous said...

hye k noni.gembiranya dia cuti2.yatie jugak sunyi xde familykat cn.huuhuhhu.kem slm abg adly ye.n ciumkan bdak2 tuk yatie..ehehhe

nonnie78 said...

salam.

farah cayang : kn ada kawasan gerai berhadapan ngan maybank sri permaisuri tu.. gerai tepi jln besar tu.. belakang nya ada lagi sederet lebih kurang 2-3 kedai je. Ada banner tulis Kedai China Muslim. Nak kata sedap sangat tak lah. But not bad. Asalkan dpt mkn chinese style yang halal dah kira okie dah tu. should try kalau datang sri permaisuri. Anyway, akak bz lah farah. fotopages farah pun lama tak masuk. nnt kita email2 ye.. AAC almost finish. will share the tears ngan u nanti ye..

yatie cyg : tak kisah lah kat sana x de family. blaja smpi khatam, jgn extend year tau! cepat2 balik malaysia. ghindu sgt ngan yatie. nak tgk adik akak ni tembam tahap mana dah ni??? rajin2 email dan ym ye. kalau akak tak online, ym leave msg je, nnt akak reply. kalau rindu sangat, nanti aku cuba masukkan gambar each of our family dalam blog, then yatie bleh print and frame it, okie??? for a time being, print my family's photo 1st. salam dari malaysia.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..