Friday, May 9, 2008

Soal Hati (2)

Pagi ni aku senang sikit sebab bos aku ada meeting di Selayang Heights up to lunch hour time. So, blehlah meng hupdate blog sambil menyiapkan claim bos dan surat untuk contractor ni semua. Hehehe.. aku ni pakar menyambil, so tak de masalah nak buat 3 keje dalam satu masa. Asalkan tak de gangguan dari orang keliling, aku bleh siapkan semua on time.

Soal hati kedua... susah jugak aku nak mulakan ni... salah taip kang lain maksudnya. Salah taip kang orang lain plak yang terasa. Salah taip jugak kang aku yang merana.. camna tu?

KES SATU
Aku ni bukan jenis yang senang percaya dengan orang. Lebih2 lagi kalau orang tu sekadar teman biasa, bukan kenal sejak kecil, bukan kawan sepersekolahan dan bukan kawan sealiran. Dan aku bukan jenis sewenang2nya bercerita tentang peribadi aku pada orang sekeliling. Aku jenis yang lebih byk menyimpan dari berkongsi. Bukan bermakna aku sombong tapi pada aku wujudnya perkataan PRIVASI itu mesti bersebab. Dan apalah gunanya istilah sahabat kalau setakat diceritakan sesuatu tetapi disebarkan seluruh dunia.

Kan rahsia itu merupakan salah satu amanah? Dan amanah adalah satu tanggungjawab untuk dijaga. Tapi kenapa masih ada orang yang tidak memandang berat makna AMANAH dan TANGGUNGJAWAB ini sebagai satu dosa jika tidak ditunaikan?
Yang pasti sekarang aku tengah mengalami krisis hati, tensi dengan diri sendiri sebab apa yang aku cuba pertahankan tidak terlaksana. Pada yang mengguris hati aku, ingatlah.. jgn dibuat pada orang lain. Kelak tak de sapa nak percaya pada diri kau.
KES DUA
Aku cuma mencari rezeki yang halal dan niat aku cuma satu, membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban orang yang tak berkemampuan. Salah ker? Janganlah disekat rezeki 'orang2' ini hanya sebab aku yang menjalankannya.. Aku tak penah tabur pasir dalam periuk nasi orang, kenapa perlu tabur pasir dan batu dalam periuk nasi aku?
Susah betul mentaliti orang sekarang ni. Yakinlah yang Allah memberi rezeki pada kita bergantung pada nawaitu kita dan diri kita. Kalau amalan hasad dengki ini berterusan Allah pun tak sudi nak memberi rezeki pada kita. Percayalah!

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..