Monday, March 10, 2008

PRU12 - 080308

080308 - Rakyat Malaysia sekali lagi selepas 4 tahun ke belakang, keluar beramai-ramai, memeriahkan sekolah-sekolah, balai raya, yang sihat melenggang, yang sakit berpegang, yang cacat datang berdukung (refer to Sunday Times dated 09/03/07 - Result of Election Section). semua orang berkobar-kobar keluar mengundi. Kewajipan kan? Mengundi calon yang kita rasa layak dan bercirikan pemimpin. Layak dari sudut seorang yang matang, ada suara (bukan kuasa), ada strategi untuk memajukan kawasan dan yang lebih penting ada kredibiliti sebagai Wakil Rakyat.
Dan rasanya rakyat Malaysia hari ini semakin berhati-hati dan bertindak bijak bila keputusan yang keluar lewat malam sabtu dan awal pagi Ahad lepas banyak memihak kepada Parti Pembangkang (PKR, DAP & PAS). Jangan salahkan pengundi andai jawatan anda tergadai! Tiap iklan mengenai Pilihanraya Umum mengingatkan :- Jadilah pengundi yang bijak. Dan sekarang kami yang bergelar pengundi sedang dan telah berlaku bijak. Bukan mudah menggunakan akal pemberian Ilahi untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca. Banyak yang perlu difikirkan sebelum jari-jemari comel ini (juga pemberian Ilahi) mengariskan X besar2 di kotak nama mereka yang rasa berkelayakan menjaga kawasan.
Menyebut tentang kawasan, tak berani tidak aku perlu bersuara untuk kesenangan diri sendiri. Biarpun aku tidak mengundi dalam kawasan kediaman (Bandar Tun Razak), aku tetap menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Wakil Rakyat Bandar Tun Razak. Bukan sebab aku penyokong parti pembangkang dan bukan juga sebab aku anti Barisan Nasioanal tapi sebab selama hidup aku di Bandar Tun Razak, belum pernah Dato' TAN CHAI HO datang melawat!!!! Ribut ke, banjir ke, salji ke (BTR ni kekadang sejuknya tahap eskimo), tak pernah dia hadir bertanya masalah, berkongsi cerita. Paling tidak menjengah waktu kesusahan mereka2 yang memangkah namanya tiap kali pilihanraya umum.
Penduduk cuma nampak gambar dia di poster2.. itupun bila time berkempen pilihanraya. Oh ya.. untuk pertama kalinya aku berdepan dengan si Dato ini pada hari dia menahan orang ramai di LRT Bandar Tun Razak (baca entri berkaitan ). Kalau tidak jangan haraplah dia nak jengah Bandar Tun Razak ni. Kawasan lain aku tak berani nak cakap sebab aku tak singgah kawasan orang. Biarpun aku tidak mengundi dalam kawasan ini (kali ke 2 di beritahu - sila ambil note), tapi apa yang aku harapkan menjadi kenyataan. Bukan aku taksub pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tapi aku minat pada calon yang bertanding untuk BTR ni.
Tengok pada kredibiliti Tan Sri yang sorang ini, aku yakin penuh; Insya Allah BTR akan terus maju. Kelebihan parti2 pembangkang ini, lahirnya calon mereka di kalangan bijak pandai, intelektual dan yang lebih bestnya manis2 moral dan profile mereka.. juga bukan kerana aku taksub pada parti pembangkang, cumanya aku guna cara sendiri untuk analis siapa calon yang layak. Dan bukan juga aku maksudkan Dato' yang sorang lagi tidak pandai, tidak bijak, tidak manis profilenya.. tapi itulah.. kulit kami dan kulitnya lain kaler, kalau dijilat mungkin lain rasanya. kurang masinnya sebab kami tak makan benda haram!
nota kaki : Aku mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas Ampang. Jangan ditanya siapa pilihan aku kerana keputusan sudah muktamad dan aku telah menunaikan kewajipan aku sebagai seorang rakyat malaysia (sedikit sindiran untuk mereka yang mengaku rakyat malaysia tapi lebih rela duduk di atas pagar dengan tidak mendaftar :- atas sebab2 KONONNYA tak nak ikut campur soal politik - tapi belakang hari sibuk komplen itu ini!!).. pangkahku berpihak kepada yang kurasakan layak tapi peti cadangan telah disealed, kalau masih ingin tahu siapa calon yang kupangkah siri no ku 2122, saluran 4!

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..