Tuesday, March 11, 2008

Penyewa Rumah

Petang semalam By amik aku balik dari kerja. On the way balik aku remind dia untuk call penyewa umah aku kat Flat Taman Mulia tu. Dah bape ari bulan ni masih tak bayar sewa. Aku dah mula hangin satu badan. Dengan machonya By call dan cakap kat dia kitorg on the way ke rumah nak collect surat dan duit sewa. Azizi (budak sewa tu) kata okie, datanglah.
Aku dah excited ni. Adalah skit duit wat gi bercuti minggu depan. Sampai je kat umah tu, jenjiran yang lain suma melepaks kat bawah tu. Dorg ni suri rumah tangga memang slalu melepaks bergossip, bertukar2 cerita petang2 cam gini. Dah tak sangat dah aku tu. Borak ngan tidak, aku laki bini naik atas, nak amik duit. Tengok umah gelap semacam je. Ghupanya bini dia turun gi Sekolah Sri Mulia tu berborak ngan Mak Guard. Tak kisahlah, aku tak enter pun umah tu. Biar By je yang settle ngan mamat sorang ni.
Aku pun merayau lah kat level aku tu. Slalu kakak2 sebelah ni melepaks kat ujung blok sambil minum petang tp petang tu tak de plak.. ooo.. baru aku ingat, skang ni kan ke cuti sekolah?! for sure anak2 dorg main kat bawah. Baru nak melangkah patah balik tersembul kak nor, jiran selang 2 pintu dari umah kecik aku tu.
"woi.. ko datang ni nak amik duit sewa ker?" woi, dia panggil aku??? cis....
" ak'aa. dah lewat sangat ni. 2 bulan plak tu tangguh."
" ala.. sian kat dia, duit gaji dia belum dapat. budak cina yang tukang wat gaji tu tak balik2 dari sabah tu sejak CNY ari tu. Satu hotel tak de gaji. jenuh dia meminjam sana sini nak wat duit makan. ari tu aku dengar dia maki cina tu kat telefon.."
" ntahlah kak nor, saya tak tau. tu biar adly ngan dia settlekan. saya tak campur bab ni."
pastu aku diam je. dalam hati aku cakap .. " orang susah aku kena amik peduli, aku susah sapa amik peduli ye? aku pun menyewa gak, siap kena top up lagi RM100. Anak 3 orang. Kalu aku asik kesian kat orang, bila agaknya aku nak kesian diri aku?"
masuk je dalam perut kereta (cam cerpen plaks!) By bukak mulut. Dapat RM400 je sebab dia tak de duit. Bulan depan baru bleh bayar. Ehm.. abis yang bulan depan nya bila nak bayar tu? Bulan lagi satu? Aku tanya; apa masalah dia? By jawab : aku tak dengar pun apa yang dia merapu tadi sebab hangin ngan api dah bergaduh dalam dada ni.. .hehehehhee... itulah laki ku. Kalau dah marah dia tak bersuara. Then dia cakap nantilah saya tanya isteri saya dulu apa tindakan selanjutnya sebab duit umah ni, duit api air isteri saya yang bayar.. wah.... ayat laki ku itu.... tapi mmg pun aku yang settlekan suma ujung bulan! cis.. duit aku tu!!!!
Jadi skang ni aku kena lah advertise semula RUMAH UNTUK DI SEWA sebab rasa cam aku dah tak tahan ngan perangai orang yang menyewa ni. Duit deposit serendah2nya aku letak 1+1 ujung bulan pertama tak payah bayar pun dia bayar 3 kali. Pastu duit sewa bayar 2 bulan sekali; tu pun untuk sebulan je.... pening aku memikirkan...
Nota Kaki : Aku bukan tak kesian kat dia tapi aku tak nak tambah dosa asik membebel marah kat dia. Bila dah marah tu nanti ada jelah ayat yang tak sedap di dengar keluar.. dosa tu.. dosa ngan Tuhan senang minta ampun, dengan manusia ni susah bangat... camna tu ye??

psss : Hubby ku itu penah cakap dosaku padanya setiap hari diampunkan... Alhamdulillah....

2 comments:

arif said...

kesudahannya macam mne..dah disewakan pada org lain ke? brape ratus sewa yg diletak? kalau masih kosong nak try masuk line..hehehe

nonnie78 said...

arif,

lama sangat dh posting ni. hihih. setahun lebih dah.. rumah tu skang dh ada orang lain sewa lah.. maaf yer.. nnt kalau ada kosong lagik, saya iklan lagi kat sini..

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..