Friday, April 16, 2010

Ujian, bila terkena baru terasa insaf

Salam. Bismillah.
2 hari di HUKM betul2 membuka mata aku bahawa ujian Allah itu kadangkala bukanlah bersifat menghukum sebaliknya untuk kita membuka mata dan menilai bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Kalau kita rasa kita sakit, sebenarnya masih ada orang yang lebih sakit dari kita. Kalau kita rasa kita susah, sebenarnya masih ada orang yang lebih susah dari kita. 2 hari di Gynea 2 dan OB3 mengajar aku erti bersyukur atas apa yang Allah kurniakan pada aku. Sekaligus mengajar aku erti menghargai atas apa yang Allah tentukan pada aku.
Dugaan 'diserang' GDM sepanjang 4 kehamilan ni (tak termasuk preggy pertama di mana aku sihat walafiat tapi tak boleh menerima sebarang makanan!!) betul2 membuatkan aku rasa macam tak de tempat pada Allah. Means, aku rasa macam kenapa aku yang ada penyakit ni biarpun cuma sepanjang tempoh kehamilan. Tapi selepas melihat beribu2 lagi bakal2 ibu yang 'diberikan' penyakit lebih kronik, penderitaan yang lebih sengasara dari aku, aku jadi terkesima sekejap. Betapa Allah memberi ujian sekecil ini dan memberi penglihatan pada aku atas 'kuasaNya' memberi penyakit lebih teruk pada orang lain, tak lain tak bukan adalah untuk aku bersyukur dengan apa yang ada, apa yang ditakdirkan pada aku.
Astagfirullahal'azim.. betapa selama ni aku lupa bahawa setiap manusia itu diberikan kelebihan dan kekurangan sama rata oleh Allah tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, darjat dan sebagainya. Kalau aku rasa GDM ini membebankan, bagaimana pula dengan bakal2 ibu lain yang mempunyai penyakit seperti placenta previa, darah tinggi, fibroid dan sebagainya?
Kisah satu yang aku nak tulis adalah tentang Suzi yang aku ceritakan dalam n3 sebelum ni. Sebulan dia berkampung di HUKM, tanpa rasa jemu tak jumpa anak dan suami tiap saat demi menjaga anak dalam kandungan. Demi untuk mengelakkan terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku disebabkan penyakit placenta previanya. Masih menanti 3 minggu untuk dibedah. Bayangkan, tiap saat ditunggu penuh sabar demi kegembiraan suami dan keluarga, demi memastikan nyawa yang sedang hidup dalam rahimnya selamat sentiasa sehingga saat dikeluarkan.
Kisah dua adalah tentang seorang ibu tua yang didiagnos kanser. Sedang tidak sedarkan diri setelah 3 kali jantungnya berhenti berdenyut. 2 kali ditempat di ICU dan akhirnya kembali ke Gynea 2. Dijaga oleh seorang anak perempuan yang baru berusia 21 thn tanpa jemu demi ibu tercinta.
Kisah tiga, seorang ibu beranak 4 yang sedang hamil anak ke 5. Menghidap darah tinggi dan melalui situasi kritikal dikelahiran sebelumnya bila darahnya naik mendadak dan terdapat darah beku dalam kepala. Masih ingin mengandung demi untuk suami baru, agar dapat melahirkan zuriat walau cuma seorang demi mengembirakan suami tercinta. keselamatan diri langsung tak diambil kira.
semua kisah ni memberi keinsafan pada aku. Allah masih memberi kelonggaran pada aku sesuai dengan maksud ayat 286 Surah Al-Baqarah "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Fikir2kanlah..

5 comments:

Unknown said...

Nonnie..lama tak dengar khabar ko.harap semuanya selamat yer..take care!

nonnie78 said...

Tha, aku lama tak update blog, malas + sibuk.. insya Allah.. anything aku bitau nnt. thanks.

Normaliza said...

kak nonnie, tak sihat ke? camana skang? harap dah ok..take care ye..

nonnie78 said...

liza, alhamdulillah.. dah start rasa nak terberanak ni.. jadual csect 24/05 depan, insya Allah, doakan yang terbaik untuk akak yer..

ayuthia said...

kak nonie...sy baru dapat GDM lak ni...lagi 10 minggu lagi menghitung hari...ni stiap 2 minggu kena amik BSP...tu lum lagi selang 2 hari amik BP...tp sy redha...betul kata akak...Allah ingin menguji hambanya...harap proses bersalin nanti senang la hendaknya...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..