Salam. Bismillah.
Menjawab soalan dari Mimie a.k.a Shinta_Mum, adakah aku melancong? Jawapanku : TIDAK. Tetapi aku berchoti dari hari Rabu sehingga semalam atas alasan AKU BOSAN DI PEJABAT!
Dan hari ini sejak pagi mood aku macam hampeh dan hampas kelapa parut, dan pagi ni juga aku sudah terpekik hampir 3 kali di mana situasi pertama di rumah waktu mengejut anak daraku dan ayahnya yang tak reti nak bangun walaupun sudah hampir pukul 8 pg, kedua bila QS II kat office aku ni beritahu budak maintenance berhenti tanpa notis dan chief maintenance suruh aku buat surat beritahu pada office (kenapa mesti aku??? kan itu dia punya tugas!) dan yang terakhir bila kerja-kerja maintenance yang dijalankan oleh si tua kutuk tak sedar diri itu tidak disertakan dengan job sheet tetapi dia claim job sheet tu ada pada aku.. tak ke binawe rasanya tu!?
Jadinya hari ini aku tidak bersiaran sebab aku TENSION TAHAP DEWA2 KERAJAAN LANGIT dan aku perlu menyelesaikan sekotak memo, surat, ????, *&#*@!# yang perlu di filing. Mohon ampun maaf andai entri pagi jumaat ini mengundang gundah gulana di hati kalian. Tapi aku akan sempatkan diri untuk membaca entri kalians semua bila berkesempatan walaupun tak sempat, aku akan sempatkan juga!!!.
Wassalam.
Nota Kuku Berinai :
Inikah akibatnya bila solat subuh tidak
disempurnakan sebaiknya? Ya Allah, ku mohon
ampun dari Mu.
3 comments:
betul kata nota kaki k nonnie. kalau terlepas subuh atau subuh dinosour, the rest of the day memang tak berapa bess..
tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.mungkin bisa lega hati gundah gelana :)
salam nonnie..
Dugaan tu.. patutlah tak bersiaran..
salam nonnie
ada hikmahnya tu.. selesai kerja tu dulu.. kerja tu amanah.. bawa balik rezeki utk anak2..
Post a Comment