Friday, December 4, 2009

New Update - Daughters

Salam. Bismillah.
Lama betul tak update perihal anak2 aku.
-Syamimi-
today is her last day at Smart Reader Kids Dwitasik. So far, selepas setahun belajar kat situ, dia dah boleh membaca in English and also in Bahasa. Dah pandai mengira setakat tambah tolak tu semua. Boleh bezakan mana figure lebih besar, lebih kecik, atau sama. Dah tak pelat! Makin suka tengok cerita omputih kat TV. Tiap kali lalu kat mana2 akan baca semua signboard jalan n kedai. Terbaru berjaya membaca PASARAYA PAK AJI. Walaupun memula2 baca sebut PASARAYA PAKCIK, pas 2-3 kali, lulus dengan cemerlang. Mengaji pun dah setengah muqaddam dan cukup terang hati. Dah mula belajar solat dan sibuk tanya pukul berapa boleh solat. Hihihi.. berkat bacaan yasin 5 kali sehari semasa mengandungkan dia.. Alhamdulillah.
-Syamira-
Makin debab, makin berselera makan apa saja. Dah bersemangat nak mulakan sekolah walaupun tak tahu sekolah mana nak register lagi. Makin gemar menyanyi, pantang keluar cerita Cinta Balqis, Nur Kasih Ulangan, Suraya mulalah capai microfon. Hari2 tidur dengan ayah sebab tak de bau ayah, tak boleh tidur.. wakakkaak.. memang anak ayah! Dah start ngaji kat rumah Nenek Maimoon dengan kakak dan abang.
-Syamiza-
Dah besar, sangat independence dan talkative! Dah pandai bergaduh tarik rambut dengan adik Yaya. Makin rapat dengan mama, saja nak tarik perhatian Manja. Dah start balik habit tidur kena main siku mama. Word yg paling dia gemar guna sekarang ni : Biarlah! Tau tak per.. Dah boleh diharap untuk suapkan Manja makan atau ambilkan barang2 untuk Manja. Sangat suka membuli Manja. Pandai makan sendiri, suap sendiri. Kalau makan nasi atau mee sure habis tak pernah bersisa. Dah mula jadi body builder cam adik Yaya.
-Syamila-
Sejak pandai berjalan 5 hari sebelum cukup setahun, makin lasak. Makin faham apa yangorang cakap. Dah boleh disuruh buat itu ini. Dah mula kenal barang. Kalau nk mandi amik towel sendiri, pilih baju sendiri. Xtvt bergantung masih diteruskan walaupun waktu tidur malam, tak lekang. Dah tau bila mama bersiap, ayah start kereta mesti nak berjalan, jadi orang pertama keluar rumah walaupun tak berkasut dan cuma bercd. Sangat minat pada iklan (rasanya semua budak sama kot) Memilih orang, tapi dah mula rapat dengan kakak Baby dan kakak Yaya. Dengan kakak mimi masih kamceng.

No comments:

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..