Friday, June 26, 2009

A Warm Birthday Wishes For My Daughter

Salam. Bismillah..
Syamimi,
Selamat Ulang Tahun Yang ke 5. Semalam genap umur kakak 5 tahun. Tak terasa saat membesarkan kakak. Masih terbayang detik ketika mama masuk ke Labour Room di Klinik Bersalin Bandar Tun Razak jam 10.20mlm bila Dr. Mastura kata terpaksa memecahkan air ketuban sebab bukaan faraj masih 2cm sejak pagi Khamis itu. Terus-terang sayang, mama tidak punya pengalaman waktu itu. Berbekalkan Bismillah dan doa, mama dan ayah sabar mengharung kehadiran kakak walaupun jangkaan kelahiran masih ada sisa 2 minggu lebih.
Kakak,
Episod sedih bermula selepas 'kesilapan' doktor memecahkan air ketuban. Kakak masih tidak keluar malah tersangkut di laluan selama hampir 2 jam setengah. Maafkan mama, sayang. Mama dah cuba sedaya upaya tapi kakak tetap sangkut. Dan akhirnya mama minta dihantar ke HUKM memandangkan heart beat kakak masa tu dah tinggal 80 je. Tapi, mama tahu, kakak memang anak yang kuat.
Syamimi sayang,
Biarpun Dr. Liza dan Dr. Suraya bising kat telinga mama dan ayah, kami cuma pekakkan telinga. Tak siapa minta semua itu berlaku. Dan saat mama di tolak ke OT adalah saat paling mendebarkan, paling menyedihkan sebab ayah tak dapat melihat kelahiran kakak walaupun tadinya ayah sudah pegang kepala kakak yang separuh keluar. Dan tika kakak dikeluarkan melalui belahan perut mama, tangisan kakak yang kuat di Subuh Hari Jumaat, penghulu segala hari itu benar-benar membuatkan mama insaf.
Anakku,
NICU adalah tempat pertama kakak menginap, tidak seperti anak2 kelahiran baru yang lain, yang tidur di celahan lengan ibunya. Dan mama yang separuh sedar 4 hari sendirian di hospital. Mimi, bila doktor mengesahkan tangan kirimu tidak berfungsi, hati mama benar-benar luluh. Apatah lagi tiadanya kerjasama dari ahli keluarga kita, yang tidak cuba menyelami hati ibu mama.
Sayang,
Sekarang kakak membesar dengan sihat. Telahan Doktor tentang tangan kiri kakak itu salah. Allah Maha Berkuasa. Berkat doa semua, tangan itulah yang kini kakak gunakan untuk menulis, mewarna, melukis di sekolah dan di rumah malah kadangkala terguna untuk makan...
Anak mama,
Mama dan ayah serta adik2 sayangkan kakak. Kakak seorang anak yang bertanggungjawab. Pandai jaga adik, prihatin dan sayang pada adik2. Cuma sikap tidak pandai berkongsi kakak membuatkan mama sedikit sedih. Kakak, mama doakan Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya pada kakak. Moga Allah panjangkan umur kakak, memberi kebahagiaan pada kakak, sentiasa membantu kakak bila kakak memerlukan dan setiasa melimpahkan rezeki yang mencukupi untuk keperluan kakak. Semoga kakak membesar sebagai anak yang berguna, kakak yang penyayang. Mama juga doakan semoga kakak menjadi anak yang pintar dan sihat sentiasa.
Entri ini memang lambat mama post tapi itu bukan bermakna mama lupakan kakak. Kasih sayang mama pada kakak tidak pudar biarpun adik2 lebih memerlukan perhatian mama kerana kakaklah yang mencipta title MAMA dalam hidup mama.. terima kasih sayang atas kehadiranmu.

21 comments:

AzMas said...

Happy birthday to Mimi.. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat.

Normaliza said...

Happy Birthday Syamimi...Moga membesar sebagai anak yang solehah & muslimah yang sejati

Terharu la baca entri ni..Best kan pengalaman jadi IBU :)

nonnie78 said...

salam.

Mas - Thanks.. Alhamdulillah, sihat sehingga ke hari ini. Allah lebih mengetahui, kan?

Liza - Thanks.. Amin.. Pengalaman jadi ibu? Priceless!

suealeen said...

eh sebaya la anak kita ni, nonnie.. cuma anak sue lahir 12/6 yang lepas. umur 5 tahun. nama dia sama dengan nama dr kat klinik bersalin tun razak yang pecahkan air ketuban nonnie tu. :D

happy birthday ye dear mimi...

nonnie78 said...

hihihi.. kebetulan kan, sue? umur kita pun sama. jadi ibu bulan yang sama, tahun yang sama.. moga kita sama-sama jadi ibu penyayang kepada anak2 kita.

thanks utk bday wish tu..

fiza said...

'SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 5' Mimi. Semaoga menjadi anak yg solehah dan menjadi contoh yg baik untuk adik2.

nonnie78 said...

Thanks ye auntie Fiza. Kim salam kat adik Iman.. bila leh jumpa ek?

::ADleez:: said...

Happy Birthday Syamimi..
moga jadi anak yg solehah ..berjaya di dunia n akhirat....;)

Mama Shinta Musraika said...

salam.

selamat ulang tahun yg ke 5 untuk Syamimi dari aunti Mimie :)

nonnie78 said...

salam.

leez - thanks.. tak de hadiah dari jubail ke??? hihihihihi...

mimie - thank u...cayang auntie mimie.. muah! muah! muah!!!!!

luvhaziq said...

salam...
hepi besday to mimi...mak mimi,bila nk celebrate nie...

nonnie78 said...

salam.

mama haziq a.k.a tie - thanks. celebrate? kita wat kecil-kecilan je lah kat umah.. sbb save budget nak ke terengganu bulan 9.. hihihihi..

sujaihah said...

selamat ulanggg thn....baca n3 akak sayuu nyer hari ini:P

nonnie78 said...

wan.. sayu lagi orang yang menaip ni. berapa kali dok lap air mata jgn bagi jatuh. thanks utk wish tu.

sujaihah said...
This comment has been removed by the author.
kakyong said...

nonie,
ku terlambat sampai utk baca n3 ni..
sayu juga dihati daku..

semoga mimi membesar menjadi anak solehah & kuat semangat...

hepi belated besday syamimi

yOkOyOpOyO said...

Happy birthday to kakak!

Kak Nonnie, syahdunye entry nih.. huhuh

nonnie78 said...

salam.

kak yong - tak pe lambat... asal ada wish!~ hihihihi.. thanks ye kak yong. Amin untuk doa kak yong tu.

Caza - jgnlah syahdu2 pepagi cam ni dik.. Thanks untuk bday wish tu. Peluk cium untuk Afra.

izzahazfar said...

meleleh air mata ni...
teringat masa bersalin akmal ari tu...

aduhai...inilah pengorbanan kita sbg ibu..

scudmami said...

happy birthday to Mimi (belated lah sorry, baru baca entry).. semoga jadi anak kebanggaan family ;)

sebaya dgn Fatini, nnt 2011 masuk sekolah mana?? Dah register?? hehheheh...

Nonnie~ sedey je baca entry Nonnie tu, sket lagi nak meleleh air mata... itulah anak pertama ni kan, mmg paling precious... pengalaman tu takkan sama dgn bersalin anak2 yang lain (in fact pengalaman sume lain2 pon walau ada 10 anak pon...)

nonnie78 said...

Norley, thanks.. belated pun tak pe.. hahahah..

Register kat SRKBTR(1) sekolah lama sy. Nostalgik sikit.. somemore ramai kawan sy jadi cikgu kat situ, so ada point nk kenakan dia kalau dia nakal sangat.

Kelahiran pertama mmg paling bernilai, pengalaman baru dan itulah julung2 kita melahirkan cahayamata hasil perkongsian kasih sayang ngan suami, kan.. mmg melahirkan syamimi tak sama rasanya dgn mira, miza dan mila ni. tak tau napa, dan feeling kat dia pun diff sangat. tp bukanlah kata pilih kasih, cuma perhatian tu lebih sikit. dok jaga hati dia je. mungkin rasa bersalah kot sbb dia dpt kasih sayang dan perhatian tu singkat sangat, dah ada adik2 yang lain... hihihi...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..