Salam. Bismillah.
Hari ni seperti hari2 sebelumnya, aku sibuk dengan tugasan yang melibatkan penggunaan komputer sekaligus xtvt menyibukkan diri menghupdate blog, membaca kisah2 terbaru teman alam maya dan pengisian ilmu dari forum. Sedang enak melayari forum dengan kisah2 semalamnya (SI gathering) aku terbaca satu thread favourite aku yang memang tak sah kalau tak jenguk setiap hari :- ITEM TO LET GO
Tapi yang tak sedapnya hari ini bila mata aku terpandang tentang sesuatu yang hendak dijual. Barangnya seakan kenal. Tarikh pembelian asal juga sama. Orang yang post dalam thread adalah nama yang serupa menghubungi aku tempohari. Aku tak kisahlah pada pembeli yang ingin menjual kembali barangan yang dibeli dari orang lain tapi janganlah menipu! Kepantangan aku betullah orang menipu ni..
Pada teman SI yang membaca, sila abaikan thread menjual Spectra3 hadiah dari KAKAK IPAR; yang dibeli pada DEC 08 dan extra breastshield (dia tulis pump shield) pada JAN 09. Harga yang ditawarkan RM330 WALHAL DIA BELI DARI AKU HANYA RM300 - maaf.. aku lepas geram. tak patut! tak patut!
Aku punyalah baik hati, punyalah concern tentang anaknya (yang dikatakan) dalam NICU di HUKM, aku jual murah sedangkan aku dah janji dengan seorang budak di Johor untuk jual pada dia. Disebabkan aku seorang IBU, aku ada anak yang pernah admitted di NICU, makanya aku tahu bagaimana perasaan seorang ibu dan ayah yang mengharapkan anaknya berada disisi. Tapi kenapa dia yang minta S3 aku dengan harga murah dengan alasan nak pump SI untuk anak dalam NICU boleh jual semula benda tu dengan up kan harganya? Reasonable ke aku jual barang yang tak sampai 2 bulan aku pakai dengan perbezaan harga RM 138???
Tolonglah.. Allah marah pada orang yang berbohong apatah lagi mengaut keuntungan atas kekurangan orang lain. Insaflah........... moga Allah menurunkan hidayah kepadanya. Amin.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah atas tindakan AKU, DIA DAN KAMU
Nota Kaki : Maaf, aku sedikit emo dan skema.. tapi AKU MEMANG TAK PUAS HATI!!!!!!
3 comments:
Salam kenal
sy first time dtg sini
sy ada baca jugak yg iklan tu..katanya baru 2 kali guna,katanya dia lagi suka avent ye
mcm2 la org skrg
tak akut dgn duit haram kan..
salam poerkenalan dari sy :)
shaza pun ada baca gak..wahhh ye ke kak nonnie? wah wahh, berani mati orang tuh jual dalam SI.com ekk.. huhu kalau shaza pun, shaza tak pueh hati.. huhuhu
salam.. ku jawab dalam entri baru ye.. harap bersabar...
Post a Comment